Catatan

Bonus Bantuan Khas Kakitangan Awam 2017

Imej
Penjawat awam (kakitangan kerajaan persekutuan) dan pesara kerajaan akan menerima b antuan khas kewangan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2017 . Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas Hari Raya 2017 seperti berikut :- - Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen) - Tarikh Bayaran : sebelum 9 Jun 2017 - Anggaran peruntukan : RM1 bilion Pada tahun 2016, penjawat awam juga telah menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen) sama seperti tahun ini. Bantuan ini adalah bukanlah bonus sebulan gaji seperti tuntutan CUEPACS namun ia adalah bantuan khas untuk persiapan hari raya.

Masalah Tiada Signal Astro

Imej
Sekiranya masalah tiada signal astro masih berlaku, sila cuba langkah-langkah asas teknikal berikut dahulu ya. 1. Pastikan kad pintar di dalam dekoder. 2. Tekan butang 'home'. 3. Pilih 'settings', tekan butang OK. 4. Pilih 'STB diagnostic', tekan butang OK. 5. Sila pastikan di bahagian "Current Entry point Name" ialah : Universal, 01 M3 VL- 10982. 6. Jika entry point berlainan, sila ubah melalui settings > Installation Settings > Pin 0000 > Satellite Settings > LNB > entry point Universal, 01 M3 VL- 10982 > Scan dan kunci signal. Tetapan > Tetapan pemasangan . Pin 0000 > Tetapan Satelit > LNB > entry point 01 M3 VL- 10982 > Scan dan kunci signal  7. Jika entry point tepat, di bahagian tuner 1, sila dapatkan bacaan untuk Strength Reading (%) & Quality Reading (%) 8.Tutup plug dekoder astro, ketatkan kabel, hidupkan semula dekoder dan semak semula servis

Kelebihan Sayur-Sayuran

Imej
1) Timun - Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik. 2. Tomato - membentuk otot tubuh sangat ideal sebagai makanan pendamping yang sihat. Untuk mendapatkan otot yang kuat dan sihat, tidak hanya buah ini saja tapi anda perlu berolahraga dengan teratur. 3. Capsicum - Benggala sama ada merah,kuning atau hijau semuanya adalah berKHASIAT. Di samping itu capsicum ni sesuai dibuat snek semasa kita dalam pemprosesan tengah diet kan!! Tapi bukan makan terus macam tu...mesti la mempunyai bebera

Drama Bersiri Magnificent Century

Imej
Mulai 10 Mei 2017, Telenovella Muhteşem Yüzyıl ( Magnificent Century ) bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Prima 105 dan Maya HD 135. Drama bersiri telenovela berkualiti tinggi sejarah Uthmaniah Turki yang mendapat sambutan hangat bukan saja di Turki tapi juga di negara berbahasa Latin dan Eropah. Kisah Sultan Suleiman yang ayahnya telah meninggal dunia ketika dia sedang berburu di hutan. Dalam perjalanannya untuk menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan Suleiman bertemu seorang gadis bernama Alexandra yang akan diculik oleh bangsar Tartar sementara ibu, ayah dan adiknya telah tewas di tangan mereka. Ia berdasarkan kehidupan Süleyman Magnificent, sultan yang paling lama memerintah Empayar Uthmaniyyah. Selepas kematian ayahnya, Sultan Süleyman dipanggil untuk menjadi raja atas Empayar Uthmaniyyah yang semakin berkembang pada usia 26 tahun. Beliau memutuskan untuk menegakkan keadilan undang-undang dan membuat Empayar Uthmaniyyah yang lebih bes

Cara Mengetahui Jantina Anak

Imej
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika: - Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki. - Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. - Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”. - Perut anda “rendah”. - Anda sangat berseri-seri ketika hamil. - Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. - Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. - Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. - Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil. - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. - Kulit anda menjadi kering. - Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil. - Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil. - Anda lebih mudah diserang sakit kepala. - Anda tidur mengiring ke kiri. - Air kencing anda berwa

Resepi Ayam Goreng Ala McD

Imej
McDonald’s Malaysia memperkenalkan semula menu hidangan berasaskan ayam iaitu Ayam Goreng McD yang telah diperkenalkan sejak 1986. Ayam Goreng McD sememangnya mempunyai citarasa yang istimewa, tepung yang rangup dan daging ayamnya juga empuk berjus membuatkan pelanggan tidak pernah jemu untuk menikmatinya sebagai hidangan harian tidak kira waktu makan tengahari atau pun malam. McDonald’s memperkenalkan ‘Share Box’ yang membolehkan Ayam Goreng McD dibeli dalam kuantiti yang lebih banyak. Share Box ditawarkan kepada semua peminat Ayam Goreng McD di Malaysia dalam kuantiti 5 atau 9 ketul ayam, masing-masing berharga RM23.50 dan RM39.95. Terdapat dalam pilihan perisa asli (original) dan pedas (spicy). Ayam Goreng McD™ dihantar segar ke restoran setiap hari dan boleh didapati selagi stok hariannya masih ada. Ini kerana sejak diperkenalkan semula, ayam goreng McD mendapat sambutan hangat luar biasa sehingga ia kehabisan stok. Ayam Goreng McD™ ‘Biasa’ yang kehabisan stok  aka

Cara Membuat Semakan Blacklist Telco

Imej
Sebelum anda mendaftar talian pascabayar atau postpaid di mana-mana telco, elok anda buat semakan terlebih dahulu samaada anda  telah di ‘blacklist’ oleh mana-mana telco atau sebaliknya. Cara untuk mengenalpasti semakan blacklist telco tersebut adalah Semakan Kredit Pembekal Perkhidmatan. Anda boleh membuat semakan disini : https://mcredit.u.com.my/microcredit/epsmf/apply/mf/microFinancingFlow?execution=e1s5 Anda boleh menyemak dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan submit. Sekiranya anda dipaparkan ke bahagian pengisian borang, bermaksud anda tidak di blacklist oleh telco. Sekiranya anda diblacklist oleh telco, paparan mungkin adalah seperti dibawah : - Maaf, kami tidak dapat memproses permohonan anda kerana nama anda telah disenarai hitam oleh : CELCOM Jadi, anda perlu terlebih dahulu menghubungi atau menyemak dengan telco yang dinyatakan untuk membersihkan nama anda.

Siaran MYTV di Dungun, Muadzam Shah dan Maran

Imej
Pemancar TV Digital MYTV di Bukit Bauk, Terengganu, Muadzam Shah dan Maran di Pahang sudah beroperasi. Orang Dungun, Muadzam Shah dan Maran yang berada 25 km dari stesen pemancar bolehlah pasang dekoder MYTV dengan hanya antenna dalaman (indoor antenna) UHF berharga RM8.00 yang dijual di Giant. Bagi kawasan yang melebihi jarak 25km, boleh memasang antenna luar (outdoor antenna). Jika tuan puan ingin membeli dekoder boleh wassap 0139790000 https://www.facebook.com/groups/dungun.trg/permalink/10154968881638926/

Pusat Rawatan Ibu & Bayi HSNZ Kuala Terengganu

Imej
Petang tadi melawat mak saudara isteri yang sedang menanti untuk bersalin. Terpaksa berada di wad kerana bayi songsang. Bila berada di sini mengingatkan kita betapa besarnya pengorbanan seorang ibu menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kehamilan. Hargailah ibu kita. Pertama kali menjejak kaki di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Kuala Terengganu (HSNZ) yang dibuka dua tahun lalu. Masa Uwais lahir, masih di wad bersalin lama seminggu sebelum wad bersalin berpindah ke bangunan baru. Bangunan baru serba moden dan selesa ini setaraf hospital swasta. InsyaAllah, 'next baby' akan lahir di sini. :)

U-Turn Chicken Chop Murah dan Sedap

Imej
Walaupun selalu u-turn di depan ni dan berdekatan dengan rumah kami tapi baru hari ini berkesempatan merasa kesedapan dan kemurahan chicken chop di U-turn Chicken Chop Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu. Apabila saya pergi ke satu-satu kedai, saya akan menilai perkara berikut: 1. Layanan - cepat ambil order dan cepat siap - kedai ini terbaik. 2. Kebersihan - kedai ini bersih 3. Sedap - makanan di sini sedap jettak kata orang Trg 4. Harga - setiap menu ada pelbagai harga, murah dan berpatutan. Chicken chop serendah RM4.00! Syabas anak muda. Tauke dan anak buah semuanya anak muda. 5 bintang!

Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2017

Imej
Permohonan ONLINE Program Dana Bakti Remaja 2017 dibuka mulai 16 JANUARI 2017 sehingga 15 FEBRUARI 2017.  Permohonan online ini *diWAJIBkan kepada semua pemohon yang lama dan yang baharu*. Syarat adalah seperti berikut : - * Pemohon mstilah rakyat Terengganu* - * Wajib daftar SPR (bagi pemohon berumur 21 pada 2017 dikecualikan daftar SPR)* - * Berumur 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin* - * Gaji tidak melebihi RM1,500* - * Permohonan boleh dibuat di laman web http://danattb.terengganu.gov.my* - * Print out borang permohonan dan dapatkan pengesahan drp Pengerusi JKK kawasan masing2*  *Pemohon sedia ada (tahun lepas isi dah) WAJIB isi baru*

Bagaimana Ingin Pasang Dekoder MYTV?

Imej
Jika di rumah anda tidak pasang Astro dan anda bukan penerima dekoder MYTV percuma dari kerajaan, anda perlu membeli dekoder DVB-T2 untuk menonton siaran TV Digital MYTV iaitu TV1, TV2, TV3, ntv7, TV8, TV9, TV Al Hijrah dan pelbagai saluran baru yang akan diperkenalkan kelak. Untuk menerima siaran MYTV, anda perlu ada antenna UHF yang disambungkan ke dekoder ini. Kebiasaannya di kebanyakan rumah sudah ada antenna ini. Anda boleh pasang dan setkan sendiri dekoder kerana ia plug and play. Berikut adalah stesen pemancar MYTV di mana anda perlu menghalakan antenna uhf tersebut: - Bukit Besar Kuala Terengganu - Bukit Pelindung Kuantan - Bukit Bakar Machang - Gunung Ulu Kali Genting Highlands - Menara KL - Bukit Sg Besi KL - Bukit Keratong Kota Kinabalu - Bukit Trig Sandakan - Gunung Andrassy Tawau - Gunung Jerai Kedah - Gunung Kledang Ipoh - Gunung Serapi Kuching - Gunung Pulai Johor Untuk mendapatkan decoder DVB-T2 MYTV ini, anda boleh whatsapp 0139790000. Harga deko

Pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Imej
Pernah lihat iklan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang ada Neelofa tu? Apa beza Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB)? AHB berbeza dari ASB. AHB adalah pelaburan unit amanah dalam hartanah (property) di mana AHB membeli atau membina bangunan dan memberi sewa bangunan tersebut. Keuntungan dari penyewaan itulah diagih kepada pelabur. Manakala ASB adalah unit amanah dalam pelaburan saham (equity). Ia berkait dengan pembelian saham syarikat. Isu halal haram timbul kerana ASB ada melabur dalam syarikat tidak patuh syariah. AHB tiada isu halal haram sebab ia berkait dengan pembelian dan penyewaan hartanah. Untuk melabur AHB boleh ke Maybank dan Ambank. Duit anda yang berkepok tu daripada lebur di Skim Cepat Kaya, lebih baik melabur di AHB. Pulangan yang lebih baik dan terjamin.

Pakej Astro Paling Murah Family Lite RM21.20 Sebulan

Imej
Astro telah memperkenalkan Pakej Family Lite yang paling murah dan mampu milik dengan bayaran bulanan hanya RM 21.20 Termasuk GST untuk Seumur Hidup, Caj pemasangan hanya RM 30.00 dibayar selepas siap pasang. Pakej ini mempunyai 33 saluran Siaran TV termasuk 2 saluran HD dan 20 siaran Radio. Pendaftaran adalah percuma dengan kontrak langganan selama dua tahun. Syarat lain, pelanggan Family Lite tidak boleh tambah saluran seumur hidup namun diberi pilihan untuk UPGRADE KE PAKEJ FAMILY PACK. Saluran SD  1. Astro Prima  2. Astro Oasis  3. Tutor Tv PMR  4. Tutor Tv UPSR  5. Tutor Tv SPM  6. Astro Vaanavil  7. Astro AEC  8. Astro Makka  9. Astro Awani  10, CCTV 4  11. Bernama TV  12. TV 1 RTM  13. TV 2 RTM  14. TV3  15. NTV7  16.8TV  17. TV9  18. Al - Hijrah TV  19. iView  20. Astro Xion Tai Yang  21. Arab Tv & Radio  22. TVIQ  23. Astro Ceria  24. Zee Tv  25. KBS World  26. Astro Arena  27. CTI Asia  28. Astro Bella  29. Kalaignar TV  30. Astro Shua

MYTV Digital Television Broadcasting (DTTV)

Imej
MYTV BROADCASTING or MYTV is the first Malaysian television broadcasting company broadcasting free DTTV-channels in the country without monthly payment. The DTT service is officially branded as MYFREEVIEW since August 2015, however the legal name of the company did not change. Around MYR 1 billion deal have been signed with Telekom Malaysia to distribute the services. MYTV is owned by Altel Holdings/Altel Communications and was planned to start broadcasting by mid-2015. The set top box has been available for sale as of February 2017, after long delays of building infrastructure and other issues. Its main competitor would be free to view satellite based service Astro NJOI, which it has far more channels to view. Coverage for this service (for transmitters already in operation) is currently around 80% of population, which it will expanded to 98% in the future. Developments Allion Labs, Inc. (Taiwan) has been awarded accreditation from the Standards and Industrial Research I