Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel whatsapp

WhatsApp kini boleh edit mesej dalam tempoh 15 minit

Imej
WhatsApp telah mengumumkan ciri penyuntingan yang membolehkan pengguna mengubah mesej dalam tempoh 15 minit selepas ia dihantar. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg turut mengumumkan ciri baharu tersebut di laman Facebook miliknya dengan memaparkan mesej yang ditukar daripada Beast of luck! kepada Best of luck! Perkhidmatan mesej dimiliki Meta itu telah mula melancarkan fungsi itu dan sedia untuk digunakan dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Mesej notifikasi akan dipaparkan selepas mesej telah disunting, namun penerima tidak akan dapat melihat mesej asal. Ciri tersebut boleh diaktifkan dengan menekan pada mesej dihantar dan memilih 'edit' daripada menu pop-up yang muncul. Sebelum ini, satu-satunya cara membetulkan mesej yang salah dihantar adalah dengan memadamkannya dan penerima akan dimaklumkan dengan frasa, 'mesej ini telah dipadamkan' (this message was deleted). "Daripada membetulkan ejaan kepada menambah konteks pada mesej. Kami te

WhatsApp alami masalah

Imej
  Platform mesej terbesar, WhatsApp dilaporkan mengalami masalah gangguan dan pengguna tidak boleh menghantar atau menerima mesej baharu. Berdasarkan laman web ServerDown menunjukkan bahawa gangguan berkenaan dialami hampir semua pengguna di seluruh dunia dan masalah itu sudah berlaku sejak 30 minit yang lalu.   Pada masa sama, pengendali platform berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masalah terbaharu yang dihadapi oleh aplikasi mesej paling popular berkenaan.  Laporan lain menyatakan bahawa masalah gangguan itu berkemungkinan besar berpunca daripada sistem pelayan utama. Sebelum ini, platform mesej popular berkenaan pernah mengalami masalah sama beberapa bulan lalu apabila pengguna turut menghadapi masalah iaitu tidak boleh menghantar serta menerima mesej baharu.

Whatsapp tambah baik tetapan privasi

Imej
  Aplikasi sembang, Whatsapp menambah baik tetapan privasi dengan menyediakan lebih banyak pilihan perkongsian untuk profil, kali terakhir dilihat (last seen) dan juga perihal. Ciri baharu itu diumumkan melalui laman Twitter minggu lalu. “Bagi terus melindungi privasi dalam talian, kami memperkenalkan pilihan baharu untuk tetapan kawalan privasi. “Anda boleh memilih siapa daripada kalangan rakan yang boleh melihat gambar profil, perihal dan kali terakhir dilihat,” katanya. Semakan di halaman tetapan aplikasi itu mendapati perkongsian ketiga-tiga ciri itu boleh ditetapkan kepada terbuka untuk semua, rakan atau tidak boleh dilihat langsung oleh sesiapa. Ia juga mempunyai fungsi untuk membolehkan pengguna berkongsi dengan beberapa kenalan terpilih sahaja. Melalui naik taraf itu, pengguna dapat menggunakan Whatsapp dengan lebih selamat dengan hanya memberikan akses kepada kenalan terpilih sahaja untuk melihat gambar profil, kali terakhir dilihat serta status yang dimuatnaik. Sumber : Utusa

WhatsApp perkenal ciri padam mesej

Imej
Anda pernah tersalah hantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang dituju melalui WhatsApp? Pastinya sesuatu yang memalukan apabila mesej tersebut mengandungi maklumat rahsia dan peribadi yang tidak sewajarnya diketahui orang lain. Kini anda tidak perlu bimbang kerana kemas kini terbaharu WhatsApp memperkenalkan ciri memadam mesej yang baru dihantar dalam tempoh masa tertentu. Melalui ciri yang terdapat pada sistem operasi Android, iPhone serta Windows Phone ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar dan memadamnya dalam perbualan individu serta kumpulan. Berikut langkah-langkah mudah yang perlu diikuti untuk memadam mesej anda: 1. Langkah pertama, pilih mesej berkaitan yang anda ingin padam. 2. Tekan pada mesej yang ingin dipadam selama tiga saat hingga muncul paparan pilihan. 3. Kemudian, anda boleh memilih sama ada memadam mesej hanya pada peranti anda sahaja (pihak kedua masih boleh membacanya), atau memadam mesej