Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terengganu

Rimba Razia Zoo di Terengganu

Imej
RIMBA RAZIA - Petting Zoo yang menghimpunkan binatang-binatang yang jinak dan kecil kini boleh dilawati di Kg Dusun di Hulu Terengganu. Terletak kira-kira 50 km dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Jika dari Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), anda boleh exit di Plaza Tol Ajil. Seterusnya ke bandar Kuala Berang dan selepas sampai di Kuala Berang, ambil laluan ke Kg Buluh (Tempat Batu Bersurat ditemui). Tidak jauh dari Kg Buluh, anda akan sampai ke Kg Dusun. RIMBA RAZIA dibuka setiap hari kecuali hari SELASA ditutup. Namun sepanjang cuti sekolah, ia dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sampai 6.00 petang. Harga tiket bagi Dewasa adalah RM20.00, Kanak-kanak dan Warga Emas RM15.00. Bagi Kanak-kanak di bawah ketinggian 90 sm, tidak dikenakan tiket. Sebelum ini Terengganu hanya ada Zoo Kemaman, namun selepas pembukaan RIMBA RAZIA ini, orang Kuala Terengganu sudah tidak perlu pergi jauh untuk membawa anak-anak melihat binatang.

Kedai makan DAPO PATA kini sunyi tanpa pelanggan

Imej
  Kedai atau gerai makanan yang dahulunya dikunjungi ramai pelanggan se­hingga tular di media sosial, namun kini terdapat premis yang semakin suram dan sepi, malah sebahagiannya terpaksa gulung tikar. Populariti kebanyakan kedai makanan tular tidak bertahan lama ekoran faktor ekonomi yang semakin mencabar dan per­- sa­i­ngan perniagaan selain keha­diran pelanggan hanya mengikut trend bermusim. Dapo Pata di Kuala Nerus, Terengganu yang berkonsepkan deretan gerai makanan dalam kon­tena yang pernah tular dan penuh dengan pengunjung pada enam tahun lalu kini semakin ‘sendu’. Bilangan vendor yang ber­niaga di premis makanan yang terletak di pesisir Pantai Tok Jembal itu yang dahulunya 12 orang, tetapi kini tinggal dua sahaja. Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Zubir berkata, sewaktu zaman kegemilangannya dari 2017 hingga 2019, Dapo Pata sentiasa dipenuhi pengu­n­jung termasuk warga asing. “Waktu itu Dapo Pata yang menawarkan pelbagai makanan tradisional dan moden dianggap antara des

PRN Terengganu

Imej
  Pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu terus didominasi oleh lelaki dengan 97 peratus adalah calon jantina itu manakala hanya tiga peratus adalah wanita. Semakan di portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati daripada 68 calon termasuk calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P0.36 Kuala Terengganu, hanya dua calon wanita dipertaruhkan di negeri itu. Eka Lisut daripada Pakatan Harapan (PH) dicalonkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.022 Manir sementara Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor mewakili Pas di DUN N.015 Ladang. Kali terakhir Pas mempertaruhkan calon wanita adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menerusi DUN Kuala Besut. Napisah Ismail yang bertanding atas tiket Pas bagaimanapun kalah di tangan lawannya, Dr A Rahman Mokhthar daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,434 undi. Allahyarham Rahman yang meninggal dunia pada Jun 2013 mendapat 8,809 undi manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Sementara itu, 31 DUN Terengganu menyaksikan perte

DUN Seberang Takir - Kuala Nerus, Terengganu

Imej
DUN TERENGGANU - SEBERANG TAKIR Saya membesar dan mengundi kali pertama pada usia 21 tahun di DUN Seberang Takir. DUN ini boleh dikatakan kawasan selamat BN. Semasa PRU 1999 ketika kerajaan BN tumbang, DUN Seberang Takir masih lagi kekal milik BN. BN kembali memerintah pada 2004. Pada 2018, apabila sekali lagi kerajaan BN tumbang buat kali kedua, Seberang Takir masih juga kekal milik BN dengan majoriti 1884. Jangkaan saya pada PRN kali ini, DUN Seberang Takir akan kekal di tangan BN. Rahsianya? Calon BN Cikgu Razif (Mantan MB) di DUN ini sangat dekat dengan akar umbi dan cakna dengan masalah penduduk.

Anak pembuat kuih raih 4A STPM

Imej
Kita ikuti kegigihan seorang pelajar sebelum berjaya di dalam STPM. Bangun seawal jam 4 pagi setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selama satu jam, diikuti membantu ibu bapa membuat kuih sebelum ke sekolah. Itu rutin harian Aqilah Talib, 20, seorang daripada 112 pelajar terbaik Terengganu yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022. Anak bongsu daripada 10 adik beradik itu berkata, dia akan ke sekolah selepas membantu ibunya, Mariam Chik, 60, menyiapkan kuih sebelum bapanya, Talib Abdul Rahman, 70, menghantarnya ke kedai makan atau warung berhampiran. Katanya, dia tidak menjadikan bangun seawal pagi sebagai alasan, sebaliknya membuatkannya terus bersemangat belajar untuk memperoleh keputusan lebih baik. "Rutin harian saya dengan membahagikan masa ulang kaji pelajaran dan membantu ibu membuat kuih pada jam 5 pagi setiap hari untuk dihantar ke kedai makan. "Saya mula bangun seawal jam 4 pagi setiap hari denga

DUN Terengganu - Ajil, Hulu Terengganu majoriti terendah

Imej
  FAKTA DUN TERENGGANU Majoriti paling rendah dicatatkan semasa PRU 14 pada tahun 2018 ialah di DUN AJIL. Pas menang dengan majoriti 4 undi. Pandangan saya, DUN Ajil ini sengit sebab ia salah satu kubu kuat BN di Parlimen Hulu Terengganu. Akar umbi PAS tak banyak di sini berbanding kawasan lain di Terengganu. Kalau PAS atau BN menang pun majoritinya kecil kecuali kalau ada gelombang besar yang betul-betul Gelombang Hijau. Untuk rekod : BN menang DUN ini semasa PRU 13 (2013) dengan majoriti 2,782.

Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Terengganu Darul Iman 2023

Imej
Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Terengganu Darul Iman 2023

Terengganu umum cuti am pada 20 Nov 2022

Imej
  Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti am sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai hari kelepasan am di seluruh negara bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi pada Sabtu ini. Beliau berkata, cuti am diumumkan PM itu jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi Terengganu iaitu pada Jumaat dan Sabtu sekali gus menyebabkan cuti pada Sabtu digantikan pada hari berikutnya iaitu Ahad. Katanya, keputusan itu adalah selaras dengan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951. "Sebagaimana yang diumumkan PM bahawa pada hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum dan keadaan di Terengganu, saya sudahsemak bahawa secara automatiknya di negeri Terengganu pada Ahad juga adalah cuti. "Oleh kerana pada Sabtu adalah cuti (mingguan) di Terengganu, (jadi) bila d