Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kewangan

Waspada inflasi teras tinggi daripada biasa - BNM

Imej
Malaysia harus berhati-hati terhadap inflasi memandangkan inflasi teras masih tinggi malah lebih tinggi daripada biasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. Inflasi yang tinggi boleh menyukarkan kehidupan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah serta ia boleh menjejaskan ekonomi, katanya. "Inflasi yang tinggi menjejaskan kuasa beli bermakna apa yang anda boleh beli dengan RM100 sekarang, nilainya mungkin akan lebih rendah pada masa depan," katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif pertamanya dengan media sejak dilantik sebagai Gabenor BNM pada 1 Julai, 2023. Inflasi teras mengukur perubahan dalam harga semua barangan dan perkhidmatan, tidak termasuk barangan makanan segar serta harga barangan serta tenaga yang dikawal kerajaan. Abdul Rasheed memberitahu bahawa inflasi yang tinggi turut menggunakan dana dalam simpanan. "Selain itu, kenaikan harga yang tidak terkawal menyukarkan perniagaan untuk merancang dan melabur. Ini me

Sekarang bukan masa sesuai tambah hutang tak perlu

Imej
  Ketidaktentuan ekonomi global yang didorong persekitaran kadar faedah yang tinggi, inflasi yang meningkat dan kelemahan ringgit menyebabkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk menambah hutang yang tidak perlu, demikian saranan pakar kewangan. Penasihat kewangan berlesen dan Pengarah Absorich Sdn Bhd, Dr Adam Zubir, berkata kini bukan masa yang sesuai untuk membuat hutang 'mahu' dan 'baharu', yang merujuk kepada pinjaman untuk menaik taraf kereta, rumah dan sebagainya, sebaliknya lebih wajar supaya simpanan kecemasan dibina semula. Sehubungan, beliau menasihatkan hutang sedemikian tidak dibuat sekarang dan tahun depan memandangkan keadaan ekonomi global dijangka berdepan kegawatan. Malah, orang ramai perlu mengenal pasti aliran tunai masing-masing bagi mengelak terlebih berbelanja dan terperangkap dalam hutang tidak perlu. Masa ini adalah sesuai membina semula simpanan. Nasihat saya ialah simpanan yang cukup untuk enam bulan sebagai tabung simpanan kecemasan, terutam

Isi rumah tanggung 5 anak ke atas terima RM2,500

Imej
  BAJET  2023 menyaksikan isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima anak atau lebih, layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,500. Sementara itu, bagi isi rumah sehingga empat anak, mereka layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000. Sebanyak RM10 bilion diperuntukkan untuk bantuan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Keluarga Malaysia. "Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan terus ditambah baik," katanya. Selain itu, tambahan RM500 akan diberikan kepada ibu atau bapa tunggal, dinaikkan jumlahnya kepada RM3,000 berbanding RM2,500. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding RM2,500 tahun ini. Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu. Bagi gol

Kadar inflasi dijangka lebih tinggi pada 2022

Imej
  RAM Ratings menyemak semula unjuran keseluruhan inflasi 2022 kepada 3.0 peratus daripada 2.5 peratus pada awalnya. Dalam satu kenyataan hari ini, agensi penarafan itu berkata semakan itu mengambil kira perubahan terbaharu subsidi dan harga siling bagi barangan makanan harga terkawal utama serta pelepasan kos bahan api dan penjanaan yang tinggi daripada jangkaan kepada pelanggan setakat ini bagi tahun ini. Penarikan subsidi bagi minyak masak dalam botol, serta harga siling yang tinggi bagi barangan makanan seperti ayam dan telur, berkuat kuasa 1 Julai 2022. "Kami menjangkakan langkah ini bagi menaikkan inflasi keseluruhan pada separuh kedua 2022 sebanyak kira-kira 0.3 mata peratusan. Inflasi makanan telah meningkat kepada 5.2 peratus pada Mei 2022, berbanding 3.2 peratus pada Disember 2021. "Memandangkan tekanan harga yang berpanjangan yang dihadapi oleh perniagaan, lebih banyak pelepasan kos bahan api dan penjanaan kepada pengguna tidak dapat dielakkan pada separuh kedua 20

Isi rumah Malaysia terus berbelanja besar meskipun inflasi

Imej
  Berbeza dengan kelaziman yang mana pengguna akan mengurangkan perbelanjaan dalam situasi kenaikan harga barang, namun isi rumah di negara ini dijangka terus berbelanja besar meskipun berdepan inflasi. Langkah itu sekali gus akan menyokong jualan runcit untuk terus kekal kukuh menuju ke hadapan, demikian kata penganalisis. BIMB Securities Research dalam nota penyelidikannya berkata, buat masa ini, pihaknya yakin jualan runcit akan kekal kukuh memandangkan pengguna dijangka terus berbelanja dengan pembukaan semula ekonomi walaupun keutamaan perbelanjaan mungkin bertukar di tengah-tengah jangkaan inflasi tinggi. Ia berkata, kemajuan dalam pasaran pekerjaan serta pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial akan menjadi pendorong kepada peningkatan jualan runcit dalam bulan mendatang. "Peruncit domestik dijangka mendapat sedikit sokongan daripada pembukaan sempadan yang berterusan, melengkapi pemulihan dalam aktiviti domestik," katanya dalam nota penyelidikannya. Jualan perdaga

Ambil pembiayaan ASB ikut kemampuan

Imej
  Orang ramai yang ingin mengambil Pembiayaan ASB dinasihatkan mengambil pinjaman berdasarkan kemampuan, bukannya kelayakan yang dibenarkan pihak bank. Kelayakan pinjaman biasanya dibuat berdasarkan gaji pokok dan komitmen hutang semasa, namun seringkali berlaku walaupun pemohon layak mengambil sejumlah pinjaman, pendapatan bulanan mereka tidak mampu untuk menampung ansuran bulanan untuk jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Mohammad Hussin, berkata ASNB tidak menghalang atau menggalakkan orang ramai untuk mengambil Pembiayaan ASB kerana ia satu kemudahan yang baik jika dilakukan dengan strategi yang betul. "Namun, perkara pertama yang penting ialah mengambil pembiayaan berdasarkan kemampuan untuk membayar ansuran bulanan menggunakan gaji bulanan dan tidak mengharapkan dividen semata-mata," katanya dalam temu bual, baru-baru ini. Menjelaskan lebih lanjut, Mohammad berkata, untuk meraih manfaa

Tempoh moratorium pinjaman berakhir

Imej
  Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan untuk memantau rapi amalan bank-bank dalam urusan menawarkan bantuan bayaran balik pinjaman ekoran berakhirnya moratorium secara automatik bermula semalam. Menurut bank pusat, peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank boleh menghubungi BNMTELELINK melalui laman web, bnmtelelink@bnm.gov.my. Kemudahan moratorium selama enam bulan bermula April lalu telah memberi manfaat kepada lebih daripada tujuh juta peminjam individu dan lebih daripada 240,000 peminjam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sehingga kini, pihak bank te­lah menerima kira-kira 500,000 permohonan bantuan bayaran balik pinjaman dan meluluskan 98 peratus daripadanya. “Bank-bank berkenaan juga secara berasingan telah bertindak menghubungi lebih daripada dua juta peminjam menerusi te­lefon, e-mel dan sistem pesanan ringkas untuk menawarkan bantuan bayaran balik pinjaman. “Bagi permohonan yang masih diproses, bank-bank terbabit telah memberi komitmen untu

Intipati Bajet 2018

Imej
Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017: Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion). Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada 3 peratus pada 2017. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017. Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus at

Teks Ucapan Pembentangan Bajet 2018

Imej
Berikut adalah teks ucapan penuh pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat, 27 Oktober 2017 di Parlimen. "MEMAKMUR EKONOMI YANG INKLUSIF, MENGIMBANG KEUNGGULAN DUNIAWI DAN UKHRAWI, DEMI MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT, MENUJU ASPIRASI TN50" Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua. Bismillah-Hir-Rahma-Nir-Rahim 1. Sesungguhnya Kami Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan. Seraya,... diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa a'la A-li Saidina Muhammad. 2. Begitu juga kepada Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan