Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label cuti umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti umum. Papar semua catatan

Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Terengganu Darul Iman 2023

by


Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Terengganu Darul Iman 2023


Terengganu umum cuti am pada 20 Nov 2022

by

 


Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti am sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai hari kelepasan am di seluruh negara bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.

Beliau berkata, cuti am diumumkan PM itu jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi Terengganu iaitu pada Jumaat dan Sabtu sekali gus menyebabkan cuti pada Sabtu digantikan pada hari berikutnya iaitu Ahad.

Katanya, keputusan itu adalah selaras dengan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951.

"Sebagaimana yang diumumkan PM bahawa pada hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum dan keadaan di Terengganu, saya sudahsemak bahawa secara automatiknya di negeri Terengganu pada Ahad juga adalah cuti.

"Oleh kerana pada Sabtu adalah cuti (mingguan) di Terengganu, (jadi) bila diisytiharkan cuti maka (cuti itu) dibawa ke hari Ahad," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan slot Dialog Awam (Town Hall) Mahasiswa Terengganu 2022 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan cuti am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan rakyat Malaysia pulang mengundi sempena PRU15.

Selain pengumuman cuti, kerajaan turut mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada hari sama.

Sumber : Berita Harian

Jumaat dan Sabtu ini Hari Kelepasan Am PRU15 – PM

by


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan Jumaat dan Sabtu ini (18 & 19 November 2022) sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ismail Sabri berkata, bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putrajaya.

Kita tetapkan hari tersebut iaitu Jumaat dan Sabtu agar rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sabtu pun kita umumkan sebagai Hari Pelepasan Am kerana ada syarikat swasta seperti kilang-kilang yang masih beroperasi mengakibatkan ada pekerja tidak boleh mengundi.

Saya tidak mahu satu orang pun yang dihalang daripada menjalankan tangungjawab untuk mengundi, tegas beliau.

Sumber dari Kosmo!

Cuti Nuzul Al Quran 2017 Di Malaysia

by

Tarikh Nuzul Al Quran 2017 Di Malaysia

Tarikh Cuti Umum Hari Nuzul Al Quran 2017 di Malaysia jatuh pada tarikh berikut menurut Kalendar Islam / Tarikh Penting 2017 Malaysia iaitu 17 Ramadhan 1438H bersamaan dengan Hari Isnin, 12 Jun 2017.

Peristiwa Nuzul Al Quran yang merupakan cuti umum kepada beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah negeri-negeri yang cuti umum pada Hari Nuzul Quran 2017 iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Terengganu.

Tiga negeri yang telah mengambil cuti pada Awal Ramadhan dan tidak mengambil cuti Nuzul Quran adalah Johor, Kedah dan Melaka. Negeri lain yang tidak terlibat dengan cuti Nuzul Quran adalah Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90