Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel belasungkawa

Biodata Tun Pehim Abdul Taib Mahmud

Imej
  Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching. Tamat sekolah menengah, Abdul Rahman mahukan beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang. Selepas lulus cemerlang pada peperiksaan Senior Cambridge pada 1958 beliau layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan sehingga berjaya mendapat ijazah pertama dalam undang-undang pada 1960. Selepas balik ke Sarawak, beliau dilantik sebagai pendakwa raya di dalam 'Crown Council' pada 1962 sehingga 1963. Beliau kemudiannya mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi individu termuda yang dilantik dalam kabinet sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya pada 1963 pada usia 27 tahun. Pada 1968 hingga 1970, beliau dilantik pula sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi portfolio Perdagangan dan Industri. Pada 1970, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Kota Samara

Belasungkawa Sultan Kedah

Imej
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat pada 11 September 2017 (Isnin) di usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun. Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Almarhum baginda begitu disenangi oleh semua, kerana cukup dikenali dengan perwatakan baik, pertuturan lembut dan merendah diri yang menjadikan baginda kesayangan rakyat Kedah. Almarhum baginda yang kembali menaungi negeri setelah bersemayam di takhta pemerintahan negara selama lima tahun pada 12 Dis 2016, melakar sejarah tersendiri apabila ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara Malaysia, sebanyak dua kali.   Pelantikan pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun hingga 20 Sept 1975. Tiga puluh enam tahun kemudian, Almarhum baginda dilantik pula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016. Diputerakan pada 28 Nov 1927,