Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Scammer

Taktik penipu pelaburan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendedahkan tiga trend baharu penipuan pelaburan menggunakan platform media sosial. Menurut suruhanjaya itu, tiga trend berkenaan adalah skim penipuan pelaburan membabitkan mata wang kripto, penipuan pelaburan yang menyamar sebagai penyedia peluang pekerjaan selain penipuan melalui aplikasi temu janji. Dalam Laporan Tahunan SC 2023, pengawal selia pasaran modal itu berkata, pihaknya sentiasa memantau dan mengambil maklum trend baharu yang muncul dan modus operandi (MO) penipuan dalam talian untuk memastikan intervensi yang wajar dan tepat pada masanya diambil terhadap penipuan pelaburan. Skim penipuan pelaburan membabitkan mata wang kripto biasanya ditawarkan melalui platform media sosial, terutama Facebook dengan menyediakan peluang pelaburan dalam mata wang kripto yang menjanjikan pulangan tinggi dalam jangka masa yang singkat. Menurut laporan itu, pelanggan yang berminat kemudian akan diarahkan untuk membuka akaun dengan pengendali pertukaran aset

Maybank beri amaran waspada penipu dalam talian

Imej
  Maybank mengingatkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada dengan penipu dalam talian yang terus mencari cara baharu untuk menipu pengguna yang kurang curiga, terutama dengan peningkatan aktiviti e-dagang yang didorong pandemik COVID-19. Dalam kenyataan pada Khamis, Maybank menjelaskan memandangkan lebih ramai pengguna kini memilih untuk berurus niaga dalam talian, penipu mencari peluang untuk memperdaya pengguna dengan menggunakan taktik baharu dan canggih. Selain membangunkan laman web atau aplikasi perbankan palsu untuk memikat atau menarik perhatian pelanggan, penipu kini memasukkan komponen hasad (malware) dalam aplikasi penguatkuasaan undang-undang palsu dan laman web atau aplikasi e-dagang runcit palsu untuk mendapat akses kepada maklumat perbankan dalam talian pelanggan seperti nama pengguna dan kata laluan, tambahnya. "Penipuan biasa yang selalunya menjerat mangsa bermula apabila pelanggan menemui tawaran atau iklan murah yang luar biasa di laman web media sosial,"

Penipu jualan online ditangkap polis

Imej
  Sejak akhir-akhir ini banyak penipuan internet dilaporkan. Seramai 10 individu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan jual beli secara online. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang, Perak, Kedah dan Kelantan. “Enam lelaki dan empat wanita berusia 21 hingga 52 tahun ditahan yang mana empat daripada mereka merupakan pemilik akaun manakala bakinya adalah pemilik alamat IP yang digunakan untuk menipu mangsa. Mereka disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Suspek mengiklankan barangan seperti tablet, telefon pintar dan konsol permainan PS4 menerusi platform e-dagang. Pembeli yang berminat kemudiannya akan dihubungi namun barangan yang dijanjikan tidak diterima selepas pembayaran dibuat.   Jika anda pernah ditpu dalam jualan melalui internet , jangan takut untuk melaporkan kepada pihak polis.

Senarai Nombor Telefon Telemarketer dan Scammer

Imej
Senarai Senarai Nombor Telefon Telemarketer dan Scammer ini diambil dari blog Christopher Teh . Semua senarai adalah berdasarkan kepada maklumat yang dilaporkan oleh orang awam. Prefix 03 03-2020-5681 (General telemarketer. Added 30 May 2016) 03-2023-1888 (Insurance telemarketer. Contributed by Syed Zul. Added 2 Sept. 2014) 03-2023-3200 (General telemarketer. Contributed by yii. Added 21 Mar. 2014) 03-2023-3600 (General telemarketer. Added 22 Apr. 2014) 03-2023-3800 (Scammers. Aggressive. Contributed by Sylvia. Updated 21 May 2013) 03-2024-6688 (Scammers. Added 26 Apr. 2015) 03-2024-7200 (AEON debt collectors. Added 15 Dec. 2014) 03-2026-7949 (Scammers. Added 14 Oct. 2011) 03-2027-4774 (Debt collectors. Added 20 Jul. 2015) 03-2027-4778 (Maybank telemarketer. Contributed by Lee. Added 15 Mar. 2017) 03-2027-4890 (Calls then hangs up. Added 14 Oct. 2011) 03-2028-4599 (OCBC bank. Added 17 Feb. 2012) 03-2028-5601 (AEON credit card. Added 21 Mar. 2014) 03-2028-7300 (AEON