Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Pesanan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif

Imej
Pesanan dari seorang ustaz, Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif  1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, beri wang untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!  2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!  3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli kereta baru atau TV LED baru atau sebelum menukar sport rim baru!  4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!  5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada

Cara Turunkan dan Hilangkan Kuning Bayi

Imej
Buah Delima (Punica Granatum), Kuchai Cina (Allium Schoenoprasum) dan Buah Keranda (Gardenia Carinata). Ketiga-tiga herba ini telah dibuktikan secara kajian ilmiah mempunyai bahan alami yang diperlukan dalam penyembuhan penyakit Demam Kuning Bayi (Neo-natal Jaundice). Mandian Nuraz ini mengunakan 100% herba tempatan serta tidak mengandungi bahan  kimia sintetik mahupun bahan pengawet tiruan. Merawat sakit kuning bayi RAMUAN: Buah keranda Daun lio Daun inai Daun semambu Daun belimbing buluh Daun dukung anak Daun2 herba lain yang terpilih Cara menggunakannya: - Rendamkan 1 sachet mandian herba ke dalam 4 liter air selama 15 minit terlebih dahulu & masak sehingga mendidih. Kecilkan api & renehkan selama 15 minit lagi. Sejukkan air tersebut sehingga suhu yang sesuai untuk memandikan bayi anda (jangan dicampur dengan air lain untuk mengelakkan khasiat herba hilang). - Bersihkan/mandikan bayi anda terlebih dahulu kemudian pada bilasan yang terakhi

Pusat Rawatan Ibu Anak Hospital Kuala Terengganu Terbaik

Imej
Alhamdulillah, Ibu dan bayi sudah boleh keluar wad dan pulang ke rumah. Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Nazirah (HSNZ) Kuala Terengganu ini memang terbaik. Fasiliti setaraf IJN dan hospital swasta. Staf hospital termasuk bahagian keselamatan juga terbaik, mesra dan banyak membantu. Boleh dijadikan contoh kepada hospital kerajaan yang lain. Saya bagi lima bintang. 

15 Julai 2017 Lahirnya Seorang Puteri

Imej
Alhamdulillah. Berkat doa semua, seorang puteri telah selamat dilahirkan pada jam 11.39 pagi Sabtu, 15 Julai 2017 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kalau ada nama sesuai bolehlah cadangkan sebab anak ketiga ini doktor tak dapat sahkan lelaki atau perempuan sehinggalah lahir hari ini. :) Nama abang: 1. Muhammad Ahsan Umar 2. Muhammad Ayden Uwais

Waspada demam berpanjangan

Imej
  Serangan meningitis atau jangkitan kuman pada lapisan otak boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk sawan berterusan serta koma sekiranya tidak dirawat segera. Meningitis adalah istilah perubatan berasal daripada dua perkataan latin iaitu pertama "meninges" iaitu lapisan yang menyaluti otak dan kedua "itis" yang bermakna keradangan pada lapisan atas otak akibat jangkitan pelbagai jenis kuman. Kanak-kanak berusia bawah lima tahun paling mudah terkena jangkitan meningitis berbanding dengan kanak-kanak lain atau remaja. Ini disebabkan faktor sistem ketahanan badan yang masih belum matang dan mudah terdedah. Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin, berkata meningitis jarang berlaku tetapi apabila menyerang berpotensi menyebabkan kehilangan nyawa. Beliau berkata, bagi orang dewasa atau kanak-kanak berusia lebih lima tahun, biasanya mengadu demam, sakit kepala yang teruk, muntah-munta

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Imej
Drama adaptasi dari novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah menghiasi slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 207, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang. Drama sebanyak 28 episod ini menampilkan gandingan Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria.  Ia mengisahkan sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis ( Raysha Rizrose ) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam ( Azrel Ismail ) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan ( Idris Khan ) merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya. Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan berse

Introducer Current Account Maybank dan CIMB Bank

Imej
Jika anda ingin membuka Akaun Semasa (Current Account) Maybank / CIMB Bank untuk akaun perniagaan dan perlukan bantuan sebagai introducer , anda boleh whatsapp saya 013 979 0000. Introducer tidak semestinya berada di cawangan yang sama. Jadi, jika saya di Terengganu dan anda di Kuala Lumpur, anda boleh membuka akaun di Maybank Kuala Lumpur. Introducer juga tidak perlu ada semasa pembukaan akaun. Introducer hanya perlu mengisi borang dan menandatangani "Letter of Introduction".

Permohonan menjadi Guru MARA di MRSM

Imej
Kepada yang berminat untuk menjadi Guru bolehlah memohon sebagai Guru MARA aka Guru MRSM. Lepasan Ijazah tanpa pengkhususan pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon. Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 atau Guru MARA Gaji : RM 2,188.00 – RM9,552.00 Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah Bidang dan subjek – Bahasa Melayu – Bimbingan & Kaunseling – Biologi – Fizik – Kimia – Media – Pendidikan Senireka / Visual – Sains Komputer – Geografi – Sejarah / Sivik – Pengurusan Perniagaan – Perakaunan – Ekonomi – Matematik – Pendidikan Jasmani – Pendidikan Islam – Pendidikan Islam (Tahfiz) – Kemahiran Hidup – Komputer Multimedia & Animasi – Rekabentuk Fesyen Untuk melihat Iklan Pengambilan: https://www.scribd.com/document/352986935/Iklan-Jawatan-Guru-Mara-Pegawai-Perkhidmatan-Pendidikan-Siswazah-DG41 atau http://apps.mara.gov.my/vacancy2/iklan/iklan.pdf Permohonan hen