Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Promosi Terkini Astro 15 Disember 2017 - Pakej Astro Family Pack Extra RM26.50 sebulan

Imej
ASTRO FAMILY PACK EXTRA - RM26.50 SEBULAN Tempoh Kempen Promosi Pakej RM26.50 : 15 Disember 2017 - 31 Januari 2018 Pemasangan hanya RM50.00 Bulan Pertama perlu bayar RM60.40 Bulan Kedua dan seterusnya RM26.50 setiap bulan sampai bila-bila dengan syarat kena bayar tepat setiap bulan sebelum tarikh akhir bil dan tidak boleh tertunggak. Tidak perlu autodebit seperti promosi pakej biasa. Kontrak 2 tahun - Tidak boleh tutup akaun sebelum tempoh berakhir. Untuk mendaftar dan pemasangan promosi Astro, sila whatsapp ke : 013-9790000 (Adha) 1. Gambar Mykad Depan Belakang 2. Alamat Pemasangan dan Nombor Telefon 3. Bil Utiliti (Air atau Elektrik) jika berumur bawah 26 tahun

12 Finalis Muzik-Muzik ke Juara Lagu AJL 32

Imej
Berikut senarai 12 finalis Muzik-Muzik 32 yang layak bertanding dalam Juara Lagu - AJL 32 1. Sejati - Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker) 2. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli. 3. Jampi - Hael Husaini 4. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah 5. Amboi - Altimet 6. Lebih Sempurna - Syamel. 7. Aku Yang Sebenarnya - Hazama dan Penglipurlara 8. Akhirnya Cinta – Salma 9. Menahan Rindu - Wany Hasrita. 10. Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri. 11. Bayang - Khai Bahar 12. Warkah Untuk Mu - Ara Johari Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama) 1. Mata - Ayda Jebat 2. Amboi - Altimet 3. Akhirnya Cinta – Salma 4. Sejati - Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker) 5. Segalanya - Haqiem Rusli 6. Aku Yang Sebenarnya - Hazama dan Penglipurlara 7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Tajul dan Wany Hasrita 8. Aisyah - Projector Band 9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi 10. Bayang - Khai Bahar Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua) 1. Rempuh

10 Penerbangan Terbaik Dunia 2018

Imej
Sepanjang lima tahun berturut-turut AirlineRatings.com menamakan Air New Zealand sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia. "Ini merupakan tahun kelima Air New Zealand dianugerahkan gelaran itu kerana pencapaian kewangan mereka yang hebat, inovasi dalam penerbangan, persekitaran kepimpinan, kru yang muda dan motivasi pekerjanya. "Faktor ini menjadikan mereka sebagai peneraju trend dalam industri penerbangan," tulis Ketua Editor Dalaman AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas. Berbeza dengan ulasan penerbangan lain yang hanya memberi fokus terhadap penilaian aspek untuk berdepan dengan pengguna, AirlineRAtings.com mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam membuat penilaian. Untuk memilih penerbangan terbaik di dunia, laman ulasan keselamatan penerbangan dan produk dari Australia itu membariskan lapan editor veteran untuk membuat penilaian. Mereka menggariskan 13 kriteria yang dikatakan sebagai denyut nadi setiap penerbangan. Kriteria it

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

Imej
Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41 Format Peperiksaan Akauntan Gred WA41: Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Sekeliling Terdapat 50 soalan yang perlu dijawab oleh calon peperiksaan akauntan W41 ini. Soalannya berbentuk pilihan. Kebanyakannya soalan adalah berkaitan dengan perakaunan. Seksyen B – Daya  Menyelesaikan Masalah Dalam seksyen B, terdapat 40 soalan matematik yang perlu anda selesaikan dalam masa 45 minit. Ia juga dalam bentuk pilihan.  Ia untuk menguji kemahiran untuk mengira dan juga menilai data yang diberikan.  Untuk mendapatkan pakej lengkap Soalan dan Nota Peperiksaan Akauntan Gred WA41 pada 10 November 2017, dapatkan sekarang di :  http://infotambahan.com/akauntan/28

WhatsApp perkenal ciri padam mesej

Imej
Anda pernah tersalah hantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang dituju melalui WhatsApp? Pastinya sesuatu yang memalukan apabila mesej tersebut mengandungi maklumat rahsia dan peribadi yang tidak sewajarnya diketahui orang lain. Kini anda tidak perlu bimbang kerana kemas kini terbaharu WhatsApp memperkenalkan ciri memadam mesej yang baru dihantar dalam tempoh masa tertentu. Melalui ciri yang terdapat pada sistem operasi Android, iPhone serta Windows Phone ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar dan memadamnya dalam perbualan individu serta kumpulan. Berikut langkah-langkah mudah yang perlu diikuti untuk memadam mesej anda: 1. Langkah pertama, pilih mesej berkaitan yang anda ingin padam. 2. Tekan pada mesej yang ingin dipadam selama tiga saat hingga muncul paparan pilihan. 3. Kemudian, anda boleh memilih sama ada memadam mesej hanya pada peranti anda sahaja (pihak kedua masih boleh membacanya), atau memadam mesej

Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Luar Bandar

Imej
Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan untuk menghapus persepsi negatif mengenai keadaan luar bandar yang lazimnya dilabel sebagai mundur, dibelenggu pengangguran dan kemiskinan serta tiada peluang pekerjaan. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berkata dalam hal ini negara perlu mencontohi bagaimana negara-negara maju yang berjaya mengubah imej kawasan luar bandar. Sebagai contoh, di Jepun, kawasan luar bandar bukan hanya menjadi destinasi pelancongan, malahan menjadi pilihan petempatan bagi golongan elit dan penduduk berpendapatan tinggi. Kawasan luar bandar yang berimej mundur, tidak maju dan tidak mempunyai nilai kekayaan, ditukar menjadi tempat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa, disertai dengan peluang dalam bidang ekonomi dan industri. Justeru itu, kerajaan memikul tanggungjawab besar untuk memastikan masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat luar bandar di negara maju dari aspek kesihatan, pendidikan, sikap dan cara hidup. MEMBANTER

Saluran Percuma Astro Kepada Semua Pelanggan 2017

Imej
Astro akan membuka semua saluran percuma kepada semua pelanggan (kecuali Astro First dan Astro Best) selama 16 hari bermula 3 November sehingga 19 November 2017 kerana terpilih memenangi Anugerah Putra Brand Award selama 8 tahun berturut-turut. Jika anda ingin membuat pemasangan baru di Seluruh Malaysia, boleh menghantar WhatsApp ke 013-9790000 untuk mengetahui promosi terbaharu dan membuat pendaftaran Astro.

Soalan Latih Tubi dan Nota Rujukan Exam Online PTD

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Ramai yang ternanti-nanti rujukan untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) . Jualan Pakej E-Book Soalan Latih Tubi dan Nota Rujukan Exam Online PTD kini dibuka. Bertindak sekarang sebelum anda terlambat. Terus ke :  https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha Setiap tahun, pakej Infokerjaya ini menjadi rujukan utama kepada calon-calon PTD kerana ia sentiasa dikemaskini. TEAM MY KERJAYA 013-9790000

Intipati Bajet 2018

Imej
Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017: Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion). Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada 3 peratus pada 2017. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017. Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus at

Teks Ucapan Pembentangan Bajet 2018

Imej
Berikut adalah teks ucapan penuh pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat, 27 Oktober 2017 di Parlimen. "MEMAKMUR EKONOMI YANG INKLUSIF, MENGIMBANG KEUNGGULAN DUNIAWI DAN UKHRAWI, DEMI MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT, MENUJU ASPIRASI TN50" Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua. Bismillah-Hir-Rahma-Nir-Rahim 1. Sesungguhnya Kami Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan. Seraya,... diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa a'la A-li Saidina Muhammad. 2. Begitu juga kepada Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan