Top Ad 728x90

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online di Maybank2u

by

Jika anda belum menukar Kad Debit Maybank yang baru dan malas menunggu di kaunter Maybank. Anda boleh mengarahkan pihak Maybank menghantar Kad MyDebit yang baru terus ke rumah / pejabat anda melalui kurier City-Link.

CARA-CARANYA:
- Login https://www.maybank2u.com.my
- Pergi ke home
- Klik Card Management
- Klik ATM/ Debit Card – Active or replace your card
- Akan keluar Replace your Card, klik "replace card"
- Masukkan alamat penuh rumah atau pejabat yang selamat untuk terima kad
- Buat pengesahan dengan "request for TAC"
- Masukkan nombor TAC
- Jika Berjaya, anda akan terima mesej pengesahan "Your request to replace ATM/Debit card is successful. Card will be sent within 14 working days"

Anda akan terima kad debit yang baru melalui penghantaran kurier City-Link dalam tempoh 14 hari bekerja.

Bank Islam lancar Kad Debit-i Bolasepak Pahang FA

by

Bank Islam Malaysia Bhd dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Pahang (PFA) dan Visa melancarkan Kad Debit-i Pahang FA, khusus untuk penyokong setia pasukan Tok Gajah. Sebahagian daripada fi tahunan kad akan disalurkan kepada persatuan itu. 

Pemegang kad itu di Pahang akan menikmati manfaat kad sebagai kad ATM dan kad Debit dengan fungsi payWave tanpa sentuh. Katanya, pemegang kad juga boleh membuat pengeluaran tunai tanpa caj tambahan melalui perkhidmatan 'pengeluaran tunai' Bank Islam di 70 stesen minyak Petronas di sekitar Pahang. 

Kad Debit-i Bank Islam Visa Pahang FA boleh didapati di semua cawangan Bank Islam di Pahang dan cawangan terpilih di Lembah Klang.

Bank Islam turut melancarkan Kempen Bank Islam Visa Debit Pahang FA "Ale Ale Tok Gajah". Dengan perbelanjaan minimum RM50, pemegang kad layak secara automatik untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM15,500. Kempen bermula 26 September hingga 31 Disember 2016. Maklumat lanjut, layari www.bankislam.com.my

Konvensyen Usahawan Online EnterWip 2016

by

Pada 1 & 2 Oktober 2016 ini akan berlangsung Konvensyen Usahawan Online eNTERWIP 2016 anjuran Kementerian Wilayah Perkutuan, Giat Mara dan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia adalah program tajaan kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berminat dengan bisnes internet. 2 hari program, anda hanya perlu bayar RM20.00 sahaja. Peserta program akan mendapat domain *.my percuma yang bernilai RM120. Sertai dan belajar sesuatu di sana. Ada banyak kelas marketing termasuk FB Ads, Google Ads, IG, Blog dan lain-lain. Semuanya akan diajar oleh sifu mentor yang memang mahir dalam bidang masing-masing. Untuk blogging contohnya, Top Affiliate Infokerjaya, Tuan Zeo Unic yang akan datang mengajar! Untuk sertai, anda boleh terus daftar di: http://enterwip.my

Jualan MyCyberSale 2016 dengan diskaun hebat

by

Mulai 26 sehingga 30 September 2016 berlangsung kempen jualan produk online #MyCyberSale yang disertai oleh ramai penjual online dengan menawarkan harga yang tidak masuk akal potongan harga sehingga 90%. Pelbagai produk bayi, kecantikan, buku, elektronik, hiburan, fesyen, makanan, hadiah, kesihatan, barangan rumah, barangan sukan, pelancongan dan perkhidmatan. Untuk senarai penjual yang menyertai #MyCyberSale, klik : http://www.mycybersale.my/

Biodata Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

by



Lahir 1 Mac 1940
Kangar, Perlis, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia 16 September 2016 (umur 76)
San Francisco, California, Amerika Syarikat
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Datin Khadijah Md Salleh
Anak 5 orang
Pekerjaan Mursyidul Am Pas,Ulama,Ketua Kluster Dakwah

Pendidikan
Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (Kolej Islam Klang) (1962-1965)
Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
Ph.D Syariah - Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Dakwah
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulamak Malaysia (1976-1977)
Ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (1977-1980)
Ahli Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah ke 15, Kementerian Kesenian, Belia dan Sukan (1979)
Ahli Jawatankuasa Pameran Kemajuan Islam, Muzium Negara 1979
Ahli Jawatankuasa Panel Penasihat Pusat Pendidikan Islam, ITM
Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Perlis
Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Tabung Haji/Pusat Islam)
Penasihat Kebajikan Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM Malaysia
Ahli Jawatankuasa Pentadbir Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor Darul Ehsan
Penasihat Darul Fitrah Kuala Lumpur
Penasihat Lembaga Madrasah Islahiah Bohor Mali Kayang, Perlis
Penasihat Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM
Penasihat al-Hunfa’ Wilayah Persekutuan
Penasihat Institut MINDA Kuala Lumpur
Ahli Jawatankuasa Kesepakatan Kenaikan Pangkat Profesor dan Profesor madya, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Ahli Jawatankuasa Mengkaji Kedudukan Jabatan/Agama Islam Negeri
Ahli Jawatankuasa Mengkaji Sukatan Pelajaran KeIslaman di Kementerian dan Jabatan Kerajaan
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Yayasan al-Islahiah Bohor Mali, Perlis
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Yayasan al-Muhammady Kayang, Perlis
Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa’) (1988 – kini)
Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Malaysia (2016 – kini)

Sumber : darussyifakperlis

Cara setting untuk kawal suara dan tutup tv di remote Astro

by


Cara untuk kawal suara dan kawalan tv di remote Astro:
1- Halakan remote astro ke TV
2- Tekan lama "OK" dan "TV" sekali, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
3- Masukkan 4 kod mengikut jenama TV
4- Lampu LED remote akan berkelip 2 kali
5- Kawal sound TV. Tekan lama "OK" dan "Vol +" sekali, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
6- Boleh test button
7- Sekarang remote tu dah boleh tutup, kawal suara dan mute TV guna remote astro
Untuk reset remote
1- Halakan remote astro ke TV
2- Tekan lama "OK" dan "TV" sekali, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
3- Masukkan kod "977"
-asrol mania-
Kod mengikut jenama TV. Kalau 4 kod pertama tak dapat atau tak berfungsi dengan betul, cuba 4 kod seterusnya.
SAMSUNG
0060 0812 0618 0178 0587 0009 0093 0556 1235 0108 0037 0217 0264 0370 0072 0156 1208 0766 0814 0216 0290 0821 0163
SONY
1825 1505 0011 1651 0036 0650 1010 0037 0056 0093 0170 0074
PHILIPS
0037 0556 1744 0772 1246 1304 0178 0108 0195 0087 0374 0760 0343 0595 0009 0200 0361 1521
PANASONIC
0650 0226 1650 1636 0108 1310 0037 0556 0163 1208 0508 0896 0361 0853 1335 0367 0516 0548 0001
TOSHIBA
1508 0508 0060 0009 0714 0036 0156 1656 0070 0093 2060 0264 1935 0412 1164 0618 1582 0650 0821 1704 0217 0109 1457 1916 1908 0698 0037 0736 1556 1037
LG
1423 0001 0178 0037 0556 0876 0370 1768 0377 0009 0714 0060 0217 0108 0216 0290 0163 0606 0109 0689 0715 0823 0829 1556 1191 0247 0367 1681 1539
PIONEER
1260 0760 0011 1070 1457 0698 0109 0037 0287 0556 0428 0370 0343 0361 0486 0512
SHARP
0093 0009 1393 0036 0491 0818 0256 1819 0650 0294 0653 0412 0516 0200 0760 2214
JVC
0653 1818 0036 1153 0606 1653 0371 0508 0731 0683 0192 0218 0418 0093 0650

Amalkan Minum Air Putih

by



Terapi dan kelebihan minum air putih :

1. Minum dua gelas selepas bangun tidur dapat membersihkn organ-organ dalaman.
2. Minum segelas air, 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan pembersihan buah pinggang.
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah strok dan serangan jantung.

Sebarkan tips sihat ini sabagai nasihat yang bermanfaat.

Tips Merancang Jantina Anak

by



Menurut Dr Hamid Arshat petua yang diberikan ini tidak boleh dijamin 100% keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t.anda akan mencapai 70% kejayaan.

Menurutnya lagi sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y..Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X..Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Secara jelasnya begini,jika sperma yang mengandungi kromosom x bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom x,maka hasil percantuman ini,janin akan mempunyai kromosom xx(anak perempuan)

Tapi jika sperma yang mengandungi kromosom Y yang bercampur dengan ovum yang merupakan kromosom X maka dari percantuman ini,janin yang terhasil adalah kromosom XY(anak lelaki).

Ciri-ciri benih lelaki berbeza – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati
berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama..Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali ,sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid..

Petua Untuk Mendapatkan Anak Lelaki sila ikuti garis panduan berikut:

1.Anda perlu menjauhkan Makanan yang asid seperti buah-buahan limau,nanas,mangga,cuka dan minuman bergas selama 2 bulan sebelum mencuba.. Makanan laut adalah digalakkan,zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri(ovulation)adalah penting.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas.20 ml.Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan..Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi..

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’,atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim.Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki..Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan..

Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan sila ikuti garis panduan berikut:

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau,asam,nenas,cuka,air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut.

2.Persetubuhan dilakukan lepas habis haid,selang sehari,sehingga hari penetasan telur isteri (ovulation).Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation, yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur..

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Pesan Dr Hamid Arshat:

“Kita hanya merancang,Allah swt yang akan menetukan..Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah,dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu”

Walaupun merancang jantina itu diharuskan dalam Islam,namun suka untuk saya mengingatkan kepada anda beberapa perkara,seperti berikut:-

1.Jika anda merancang jantina anak tetapi ditakdirkan anda mendapat sebaliknya maka terimalah ketentuan Allah itu dengan redho dan dengan penuh kesyukuran..Ingatlah berapa ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak dan sudah bertahun berkahwin tetapi masih tidak direzekikan zuriat..Anda sangat beruntung kerana masih diberi oleh Allah zuriat.

2.Walaupun Doktor telah memberi petua-petua untuk mendapatkan jantina anak yang anda inginkan tapi ingat Doktor bukanlah Tuhan yang boleh menentu dan memastikan jantina anak,mereka hanya berkongsi petua atau tips sebagai jalan ikhtiar,yang menentukan jantina adalah Allah..Jangan sampai anda beri’tiqad bahawa Doktor adalah penentu jantina anak yang bakal dilahirkan..Rosak akidah.

3.Jika anda telah megambil keputusan memilih(merancang) jantina anak dengan melakukan petua-petua yang Doktor sarankan seperti di atas,ini bermakna kekerapan untuk anda berjima'(bersetubuh) dengan pasangan anda adalah kurang..

Kesan dari kurang melakukan hubungan intim(bersetubuh) kerana ingin merancang jantina ialah:-
-kemungkinan akan berlaku tekanan perasaan dan psikologi kepada anda dan pasangan
-Mengurangkan kebarangkalian untuk si isteri hamil..Oleh itu,daripada merancang jantina lebih baik merancang untuk hamil.


Langkah-Langkah Tindakan Undang-Undang Untuk Peminjam Ingkar

by

LANGKAH LANGKAH TINDAKAN UNDANG UNDANG DAN ISTILAH YANG DIGUNAKAN

1) Notis atau Surat Tuntutan Loyar (NOD / LOD) 
Masa ni peminjam masih dipanggil “Peminjam” dan juga "Penjamin" (kalau ada)

2) WRIT SAMAN - Loyar memfailkan Saman dan Peminjam diarah untuk hadir di Mahkamah melalui WRIT SAMAN ini. Masa ni Peminjam sudah "naik pangkat" menjadi “DEFENDAN”

3) DEFENDAN tidak hadir di Mahkamah maka PENGHAKIMAN INGKAR dijatuhkan. Masa ni DEFENDAN naik setakuk lagi menjadi PENGHUTANG PENGHAKIMAN

Sejak bila pulak ada istilah "Short Cut" SAMAN PENGHAKIMAN? JDS iaitu SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JUDGMENT DEBTOR SUMMONS) bukan terus ada "Waran Tangkap" macam tu aje. Ada prosedur tertentu dan bukan senang senang main tangkap macam tangkap Pokemon. Tangkap Pokemon pun bukan senang jugak.

Kalau Bank dah ada Penghakiman, baca kat sini untuk tindakan undang undang yang boleh diambil


Baca juga prosedur ringkas tindakan undang undang

1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrupsi.



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90