Top Ad 728x90

,

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank

Cara Membuka Akaun Semasa Perniagaan Maybank


- Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan maklumat tentang perniagaan tersebut.

- Buat cop perniagaan. Pada cop ada nama perniagaan, no. SSM dan alamat (jika perlu). Cop rubber stamp perlu dibawa semasa membuka akaun.

- Pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Minta borang permohonan pembukaan akaun semasa perniagaan. Sebaiknya akaun jenis Islamik.

- Lengkapkan borang dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

- Bank akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda. Pihak bank akan menghubungi anda jika tiada masalah.

- Semasa hadir ke bank untuk pengaktifan akaun, bawa cop perniagaan.

- Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun.

- Perlu sediakan deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

- Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.

- Buku cek akan diberikan dalam tempoh masa 3 hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.

3 Comment:

  1. Untuk urusan personal current account online premier maybank mmg tkyah introducer....tapi untuk current account company kna guna introducer.kna ambil borang dari maybank dengan bawa SSM.untuk urusan introducer insyaAllah sy boleh tolong.alhamdulillah saya Dahl introduce Lebih dari 100 company dan semua dah lulus.saya buat bisness vending dan account semasa may bank dan cimb dah Lebih Dari 4 tahun..boleh hubungi sy-0127292850-wan untuk urusan introducer may bank dan climb.semoga anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih systematic.terima kasih.credit to blog owner.tq

    BalasPadam
  2. Assalam tuan..boleh mintak tolong jadi introducer saya x?

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90