Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Bersiar dengan helikopter sekitar Kuala Terengganu

Imej
Jika ingin bersiar-siar dengan helikopter sekitar Kuala Terengganu, boleh datang ke Heli Outpost Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Harga serendah RM99 satu kepala (bergantung kepada promosi). Pengantin Baru dan pelancong juga boleh buat tempahan istimewa. Boleh hubungi 013-9287800 untuk pertanyaan lanjut. Hari bekerja 10.00 pagi - 7.00 petang.

Kereta Kabel Genting Percuma Sepanjang Ogos 2016

Imej
Resorts World Genting Highlands menawarkan kereta kabel secara percuma selama sebulan sepanjang bulan Ogos 2016.

Caj Tahunan Kad Debit CIMB Bank

Imej
Walaupun caj tahunan Kad Debit CIMB Bank / CIMB Islamic Bank RM15.00 setahun, takde pulak orang komplen. Mungkin ramai yang tidak perasan. Dulu masa Maybank caj 50 sen selepas pengeluaran keempat, ramai yang bising. Kebanyakan bank lain termasuk Maybank hanya mengenakan caj RM8.00 setahun untuk Kad Debit / ATM. Paling mahal, Kad Debit Affin Bank / Affin Islamic Bank, RM20.00 setahun. Harap pihak CIMB Bank selaraskan caj tahunan hanya RM8.00 sahaja kerana fungsinya sama sahaja dengan bank lain.

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank

Imej
- Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan maklumat tentang perniagaan tersebut. - Buat cop perniagaan. Pada cop ada nama perniagaan, no. SSM dan alamat (jika perlu). Cop rubber stamp perlu dibawa semasa membuka akaun. - Pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Minta borang permohonan pembukaan akaun semasa perniagaan. Sebaiknya akaun jenis Islamik. - Lengkapkan borang dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian). - Bank akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda. Pihak bank akan menghubungi anda jika tiada masalah. - Semasa hadir ke bank untuk pengaktifan akaun, bawa cop perniagaan. - Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. - Perlu se

Saguhati Kelahiran Anak Terengganu

Imej
Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu Bagi Tahun 2016 Anak pertama - hingga ke-6 RM 100 Anak ke-7 :RM 200 Anak ke-8 :RM 300 Anak ke 9: RM 400 Anak ke-10 dan Seterusnya: RM 500 SYARAT-SYARAT: - Bayi dilahirkan di negeri TERENGGANU bermula pada 1.1.2016 hingga 31.12.2016 - Ibu atau bapa bayi mestilah rakyat TERENGGANU yang lahir @ menetap melebihi 10 tahun di negeri Terengganu - Bantuan saguhati akan diberi dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Borang permohonan boleh didapati di: Pejabat YPK TERENGGANU: 09-6249355 Pejabat YPK KAWASAN MARANG: 09-6189135 Pejabat YPK KAWASAN DUNGUN:09-8485654 Pejabat YPK KAWASAN SETIU: 09-6097808 Pejabat YPK KAWASAN HULU TERENGGANU: 09-6861012 Pejabat YPK KAWASAN KUALA NERUS:09-6672667 Pejabat YPK KAWASAN KEMAMAN: 09-8584898 Pejabat YPK KAWASAN BESUT:09-6976301 Kredit : Mira Syamim

Resepi Rendang Ayam

Imej
Bahan-bahan: 1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan )  1 cawan santan pekat 1 cawan air 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula Bahan yang dikisar bersama:- 10 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 10 ulas bawang putih 2 inci halia 5 batang serai.( dihiris halus) 2 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup Cara-caranya.. * Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar. * -masuk kan bahan kisar ke dalam kuali. * masuk kan ayam, kerisik, santan pekat ,air ,kulit kayu manis,bunga lawang, garam dan gula * buka api dan masak hingga kering dan naik minyak nya... * hiris daun kunyit nipis2 dan masukkan ke dalam kuali..gaul sebati.

Diganggu Dengan Nombor Telefon Ini?

Imej
Berhati-hati apabila anda dihubungi oleh nombor-nombor telefon berikut: 0327874283 0320750000 0320366888 0320550700 0322039688 0327874200 0327263500 0320366888 0320941222 0379629200 kebanyakannya Telemaketer yang menjual insurans

Kadar Tol di LPT 2 Mulai 15 Julai 2016

Imej
Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Jan 2015, akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam, 15 Julai 2016. Kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta). Pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya, akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM19.70. Lebuh raya berkenaan akan melaksanakan kutipan tol secara sistem tol tertutup iaitu kadar tol akan dikira berdasarkan jarak perjalanan yang telah dilalui oleh pengguna. Terdapat 10 plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 iaitu Plaza Tol Cheneh, Plaza Tol Chukai, Plaza Tol Kijal, Plaza Tol Kerteh dan Plaza Tol Paka, Plaza Tol Kuala Dungun, Plaza Tol Bukit Besi, Plaza Tol Ajil, Plaza Tol Telemong dan Plaza Tol Kuala Terengganu. Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd), sebuah syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) telah dilantik sebagai pemegang ko

Hari Raya Aidilfitri Jatuh Pada 6 Julai 2016 (Rabu)

Imej
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1437 Hijrah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 6 Julai 2016.

Cara Buat Lemang Sedap

Imej
Foto : gunung-lang.blogspot.com Bahan-bahan: 2kg beras pulut Lima biji kelapa Empat batang buluh lemang Daun pisang muda Garam secukup rasa Cara membuat lemang: - Basuh beras pulut. Toskan airnya - Masukkan Daun pisang ke dalam buluh. - Masukkan beras pulut yang telah ditos air ke dalam buluh. - Masukkan garam secukup rasa ke dalam santan. - Tuangkan santan ke dalam buluh berisi beras pulut tadi. - Bakar buluh dengan api sederhana. Balikkan buluh setiap 15 minit sehingga ia masak. - Pembakaran mengambil masa 4 sehingga 5 jam. - Siap untuk di hidangkan bersama rendang ayam/daging.