Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

UTC Terengganu Mula Beroperasi 27 Jun 2016

Imej
UTC Terengganu telah dibuka di PB Square & Plaza Paya Bunga pada 27 Jun 2016 (Isnin). Dibuka setiap hari 7 hari seminggu dari jam 8.30 pagi - 10.00 malam. Waktu operasi semasa bulan puasa 8.30 pagi - 5.00 petang. Antara senarai penuh agensi yang ada di UTC Terengganu: Paya Bunga Square (PB Square) Tingkat Bawah (G) 1- Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2- KWSP 3- TNB Tingkat 1 1- Tabung Haji 2- JPJ 3- TNB, 4- Indah Water Konsortium 5-Hijrah Risk Konsortium Tingkat 2 1- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2- Tekun Nasional 3- MARA Tingkat 3 1- PTPTN 2- Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (Home Manager) 3- Pejabat Pengurusan UTC Tingkat 4 1- Imigresen 2- Klinik 1 Malaysia 3- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 4- FELDA 5- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 6- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) 7- Syarikat Air Terengganu (SATU) 8- Pejabat Tanah 9- MAIDAM 10- SUK Perumahan 11- PMINT 12- Yayasan Terengganu (YT) 13- MBKT 14-

Car Seat GB Dalam Kenangan

Imej
Car Seat jenama GB ini kami beli semasa kelahiran anak sulung kami iaitu Umar. Masa itu harganya dekat RM500. Kami beli di Kedai Bayi Twins Baby Cawangan Kuala Terengganu. Umar kerap duduk di atas kerusi bayi ini kerana pada awal usianya, setiap hari bekerja saya akan menghantarnya ke rumah neneknya. Jadi, dia memang suka kerusi tersebut. Apabila adiknya Uwais lahir, dia kurang gemar duduk di atas kerusi bayi ini. Mungkin kerana Uwais lebih suka dipegang. Setelah lebih kurang 3 tahun berkhidmat, kami ambil keputusan untuk menjual kerusi bayi GB ini. Alhamdulillah, tidak berapa lama letak iklan di Mudah.my, ada orang terus whatsapp mahu beli. Masa tu kami letak harga RM250 tapi dia minta kurang RM200 sahaja. Jika anda sedang mencari kerusi bayi, mungkin anda boleh masukkan jenama GB dalam list. Car Seat GB ni agak kukuh, selesa untuk bayi, nampak kemas dan coraknya pun menarik. Harganya boleh dikatakan agak sederhana sekitar RM300 - RM1,000 bergantung kepada model.

Keputusan Pengambilan Guru Lepasan SPM 2016

Imej
Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh membuat semakan keputusan kemasukan pada 6 Jun 2016 mulai jam 3.00 petang hingga 13 Jun 2016. Calon berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran. Maklumat lanjut : http://myadha.blogspot.com/2016/06/semakan-keputusan-ke-institut-pendidikan-guru-ipg-jun-2016.html

Awal Ramadan Jatuh Pada 6 Jun 2016 (Isnin)

Imej
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa 1 Ramadan 1437 Hijrah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 6 Jun 2016.

Pusat Servis Honda Kuala Terengganu berpindah ke lokasi baru

Imej
Pusat Servis Honda Kuala Terengganu telah berpindah ke lokasi baru di Kawasan Perindustrian Gong Badak (belakang Kilang Percetakan Utusan Melayu). Bangunan baru ini menempatkan Pejabat, Bilik Pameran dan Pusat Servis (3S). Pusat servis lama di Jalan Bukit Kecil telah ditutup dan dipindahkan ke lokasi baru. Untuk temujanji servis sila hubungi no. baru 09-6671996. Bahagian sales, 09-6671796. Waktu operasi : Sabtu - Khamis (9.00 pagi - 6.00 ptg)