Top Ad 728x90

MRT mengimbau kenangan STAR LRT

by


Bila MRT dilancarkan teringat gambar ini. Hari pertama STAR LRT dibuka kepada umum pada 16 Disember 1996 untuk laluan KL - Ampang. Tarikh yang sama dipilih untuk pelancaran MRT semalam. STAR LRT menjadi perintis sebelum wujudnya PUTRA LRT, Monorel dan MRT. Masa ini sedang training di Bank Islam Jalan Tun Razak, KL. Kurus slim je. :D

Kiosk Kad Debit Maybank

by


Maybank telah memperkenalkan mesin kiosk debit untuk tukar kad debit baru. Beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Sila bawa Mykad dan Kad Debit Cherry atau Kad ATM kuning hitam lama untuk pertukaran.

1. KL Main Branch @ Menara Maybank
2. TTDI Branch @ Jalan Tun Mohd Fuad
3. USJ Subang Jaya Branch
4. Suria KLCC (Level Concourse)
5. Jalan Gombak Branch
6. The Reef, Rawang Branch
7. Klang Branch
8. Bandar Baru Ampang Branch
9. Pandan Indah Branch
10. Jalan Kelang Lama Branch
11. Puchong Jaya Branch
12. Bandar Baru Bangi Branch
13. Kajang Branch
14. Seremban Main Branch
15. Port Dickson Branch
16. Nilai Branch
17. Muar Branch
18. Melaka Main Branch
19. Taiping Branch
20. Alor Setar Main Branch
21. Penang Main Branch
22. Kangar Branch
23. Kuala Terengganu Main Branch
24. Bukit Ubi, Kuantan Branch
25. Kota Bharu Main Branch
26. Batu Pahat Branch @ Jalan Rahmat
27. Johor Bahru Main Branch
28. Mid Valley (Near Forex)
29. KL Sentral Branch
30. AEON Mall Shah Alam Branch


Tips Bina Profil Facebook Yang Menarik

by


Tips ini dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad.

1. Gambar Profil mestilah gambar sendiri secara keseorangan, tidak bersama suami, isteri, anak, kucing, makanan, kawan. Paling mudah, letak gambar lesen atau passport.

2. Gambar Cover Atas: Gambar berunsur kehidupan, tidak ada perkataan yang boleh mengubah profil menjadi kedai (mahu menjual). Meletakkan gambar berunsur menjual seperti poster insuran, gambar produk, akan menakut-nakutkan orang untuk klik follow.

3. Bahagian deskripsi (di bawah gambar cover) diletakkan minat atau hobi. Bukan jawatan atau posisi kerja. Contoh: Suka Memasak, Mengembara dan Menulis.

4. Jawatan diletakkan di bahagian mengenai latarbelakang. Pastikan jawatan itu wujud. Tidak tulis secara main-main seperti 'Kuli at Goverment'.

5. Setkan public bagi profil kalian dan aktifkan butang follower. Pergi ke Facebook Setting, kemudian klik account setting, kemudian klik butang follower (atau butang posting), ada 3 perkara di situ yang perlu dipublickan.

Selamat membina pengaruh dan pengikut di Facebook :)


Kelebihan Siaran TV Digital

by


Selama ini kita hairan kenapa kualiti siaran tv analog berbeza di antara satu saluran dengan saluran yang lain. Sebenarnya setiap saluran itu dipancar dari lokasi berbeza dengan gelombang yang berbeza. Di Terengganu sebagai contoh, saluran TV1, TV2, TV3 dipancar dari Bukit Besar menggunakan gelombang VHF sementara TV9 dan TV Al Hijrah pula menggunakan gelombang UHF.

ntv7 pula dipancar dari Bukit Jerung, Marang menggunakan gelombang UHF. Lokasi lain pemancar di Terengganu adalah Bukit Bauk, Dungun untuk TV1, TV2 dan TV3. Pemancar di Bukit Bintang, Besut pula untuk TV1 dan TV2 di kawasan Besut. Sementara Pemancar di Bukit Durian Mas untuk TV1 dan TV2 di daerah Kemaman dan Hulu Dungun.

Dengan pengenalan TV Digital MYTV, pengguna hanya perlu tembak antenna UHF ke arah Pemancar MYTV di Bukit Besar untuk menerima pelbagai saluran TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV Al Hijrah, TVi, Bernama TV dan pelbagai saluran lain yang akan diperkenalkan kelak. Itu kelebihan TV Digital yang hanya menggunakan satu gelombang untuk pelbagai saluran.

Signal TV Digital di Bukit Besar boleh sampai sehingga ke jarak 120 km dari stesen pemancar meliputi Kuala Terengganu,Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu. Pengguna di Kemaman dan Dungun pula boleh tembak antenna ke pemancar di Bukit Pelindung, Kuantan sementara pengguna di Besut, tembak antenna ke arah pemancar di Bukit Bakar, Machang.

Untuk menerima Siaran TV Digital perlu ada dekoder DVB-T2.


Pakej Lengkap Nota dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

by
Pakej Lengkap Nota dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Dapatkan sekarang di : http://bit.ly/examn29

Pakej terbaik dari Infokerjaya ini telah banyak membantu ramai calon SPA sejak tahun 2010 lagi.

Anda tidak perlu risau kerana ada jaminan wang dipulangkan jika tidak berpuashati.

Tidak perlu susah payah google sana sini. Tempah sekarang sebelum terlambat di: http://bit.ly/examn29

Whatsapp 0139790000 jika ada masalah untuk membuat tempahan.


Kenapa Muslim Rohingya Dibunuh?

by


Sejarah Bangsa Rohingya

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Myanmar (dahulunya Burma) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali.

Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan oleh pihak junta tentera Myanmar. Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e)  Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f)  Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama. Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka. Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.


Pindahan Wang Antara Bank IBFT dan IBG

by


Masih ramai yang tidak tahu bahawa Pindahan Wang Antara Bank secara online ada dua jenis. Pertama, IBFT - Interbank Fast Transfer iaitu Pindahan Wang Antara Bank Segera. Yang ini dia akan transfer terus pada masa itu juga. Pindahan ini caj dia 50 sen + 3 sen GST.

Yang kedua jenis biasa, IBG - Interbank Giro iaitu Pindahan Wang Antara Bank Giro. Caj dia hanya 10 sen + 1 sen GST. Wang hanya akan masuk ke akaun penerima mengikut jadual berikut. Bagi hari bekerja dari Isnin - Jumaat:

- Transfer sebelum jam 5.00 pagi, wang akan masuk jam 11.00 pagi.
- Transfer antara jam 5.01 - 8.00 pagi, wang akan masuk jam 2.00 petang.
- Transfer antara jam 8.01 - 11.00 pagi, wang akan masuk jam 5.00 petang.
- Transfer antara jam 11.01 pagi - 2.00 petang, wang akan masuk jam 8.20 malam.
- Transfer antara jam 2.01 - 5.00 petang, wang akan masuk jam 11.00 malam
- Transfer selepas jam 5.00 petang, wang akan masuk jam 11.00 pagi hari bekerja berikutnya.

Jika pindahan dibuat pada hari cuti Sabtu dan Ahad, pindahan hanya akan masuk pada jam 11.00 pagi hari Isnin. Hari bekerja di Kuala Lumpur diambilkira bagi semua negeri. Jika Kuala Lumpur bercuti pada hari itu, IBG anda akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Jadi, kepada pelanggan yang beli online, kalau boleh guna IBFT untuk transfer antara bank sebab ia akan masuk terus ke akaun penjual pada masa itu juga. Caj cuma mahal 43 sen sahaja. Ini bagi memudahkan penjual menguruskan tempahan anda. Jika tidak, penjual terpaksa tunggu duit anda yang tergantung itu. :)


Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu

by


Bajet Terengganu 2017 - Permohonan Rumah Mampu Milik dibuka semula. Pasangan berkahwin yang berpendapatan bawah RM3,500 bolehlah mendaftarkan diri. Permohonan boleh dibuat secara online : http://eperumahan.terengganu.gov.my/

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik

- Warganegara MALAYSIA; keutamaan kepada rakyat Terengganu
- 21 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang
- Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan
- Pendapatan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3500 sebulan
- Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
- Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan
Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri
- Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat
- Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam / kebakaran atau pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan

Pinjaman Perumahan

by
Kiraan pinjaman perumahan bank, bergantung kepada gaji dan komitment. Setiap bank mempunyai percentage Debt Service Ratio (DSR) yang berbeza bergantung kepada GAJI BERSIH pembeli.

Bank mana yang berikan kadar yang rendah? 
Jawapannya : Bergantung kepada 'Credit Scoring' seseorang itu, cantik atau tidak corak pembayarannya dengan bank. Kalau ada rongak rongak dan bayar lambat, kemungkinan besar bank akan letak kadar yang tinggi kerana mereka melihat pembeli/ peminjam ini berisiko tinggi.

Pastikan anda mempunyai dokumen berikut sebelum memohon pinjaman perumahan.

1. Salinan kad pengenalan
2. Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
3. Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran deposit atau tempahan/ surat tawaran daripada pemaju
4. Salinan surat hakmilik tanah (jika ada)
5. Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit simpanan tetap
6. EPF / KWSP statement
7. Document sokongan (Tabung GAJI, ASB, Unit Amanah, Fixed Depsosit)
Jika anda bekerja sendiri, anda juga perlu melampirkan:
1. Dokumen pendaftaran perniagaan,
2. Penyata bank untuk 3 bulan terakhir
3. Penyata kewangan terkini dan dokumen lain yang boleh menyokong sumber pendapatan anda.
4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan.
Selepas bersetuju untuk menerima surat tawaran pinjaman, anda perlu melantik seorang peguam yang merupakan panel peguam institusi perbankan untuk menyiapkan dokumentasi pinjaman. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan kepada jabatan Kerajaan berkenaan untuk pendaftaran dan kepada Pejabat Setem untuk pembatalan setem.
Gambar kredit Muhd Farid dan Shahizat Amir Ibrahim

Cara Buat Aduan KPDNKK

by


Seorang peniaga cafe di Kota Bharu, Kelantan didenda RM8,000 oleh mahkamah di bawah Akta Anti Pencatutan (menaikkan harga dengan tujuan mengambil untung berlebihan) dengan menjual air teh o ais yang berharga RM2.80 dengan harga RM4.00. Lepas ini jika ada peniaga yang menaikkan harga sesuka hati, pengguna jangan hanya membebel di Facebook sahaja. Gunakan kuasa sebagai pengguna dengan melaporkan kepada KPDNKK macam dalam iklan tv.

Ada pelbagai cara untuk buat aduan kepada KPDNKK:
- Isi borang eAduan : http://eaduan.kpdnkk.gov.my/
- Guna aplikasi myKPDNKK
- Telefon : 1 800 886 800
- walk in ke pejabat KPDNKK

Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

by

Pegawai Tadbir Diplomatik ataupun singkatannya PTD adalah jawatan penting yang terdapat di dalam kumpulan pekerja pengurusan dan professional.Kumpulan ini terdiri daripada pegawai-pegawai barisan hadapan dalam pentadbiran negara yang berkelulusan ijazah seperti Pegawai Daerah, Pegawai Kedutaan dan lain-lain. Kumpulan ini akan dilatih oleh INTAN sebelum diserapkan di dalam sektor perkhidmatan awam.

Sebagai pegawai yang mengetuai barisan hadapan dalam pentadbiran negara, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik amatlah berat. Penjawat jawatan ini terlibat secara langsung untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dasar-dasar tersebut bukan sahaja meliputi pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi.

Ianya merangkumi hal-hal ehwal dalam negeri yang berkaitan kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan sosial. Mereka juga terlibat secara langsung mengenai hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.



Petua Menghadapi Peperiksaan

by


Bagi yang menduduki exam SPM ataupun STPM, ini ada petua menghadapi peperiksaan yang dikongsikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir, seorang pakar motivasi.

1. Minta maaf dengan ibu bapa
2. Doakan kesejahteraan guru
3. Baca Bismillah.
4. Ingat soalan itu cuba memperbodohkan kita. Jangan bagi peluang.
5. Masa hendak menyerahkan kertas jawapan. Baca Bismillah. Dan sebut "Aku bertawakal dengan Mu Ya Allah".
6. Jangan bincang lagi dengan kawan dan ibu bapa.
7. Jika ada bertanya tentang status jawapan kita. Sebut "Insyaa Allah boleh buat". Apabila bertawakal jangan lagi komen.
Wallahu A'lam.


RHB Bank Internet Banking Berwajah Baru

by


Internet Banking RHB Bank atau RHB Now berubah wajah hari ini. Selain Maybank dan CIMB Bank, saya suka RHB Bank sebab mesin ATM dan mesin depositnya tak ramai orang dan ada di kebanyakan pasaraya. Kelebihan untuk peniaga online, akaun RHB Bank ni boleh topup akaun Paypal. Masa mula-mula buka akaun di KL dahulu di bawah nama DCB Bank. 

Selepas itu gabungan UMBC membentuk Sime Bank. Kemudian bergabung membentuk konglomerat perbankan ketiga terbesar iaitu RHB Bank. Walaupun pengasasnya Tan Sri Rashid Hussin sudah meninggalkan bank ini dan turut disaman oleh bank yang diasasnya, nama RHB tetap dikekalkan kerana nilai 'branding' yang kuat. Tak ramai yang tahu RHB Bank ni 'anak kandung' KWSP. Salah satu cabang pelaburan KWSP di sektor kewangan.


Sogo buka cawangan Seluruh Malaysia

by


SOGO yang sudah bertapak di Kuala Lumpur sejak tahun 1994 (22 tahun) bercadang membuka lima cawangan baru di Seluruh Malaysia dalam tempoh empat tahun.
1. SOGO Paradigm Mall, Johor Bahru - 2017
2. SOGO Central i-City Mall, Shah Alam - 2018
3. SOGO Paragon @ KL Northgate, Selayang - 2019
4. SOGO Mayang Mall, Kuala Terengganu - 2019 / 2020
5. SOGO Prai Mall, Penang - 2019 / 2020

Sumber : Wilayah Media


Faedah dan Manfaat Bajet 2017

by


Berikut adalah faedah dan manfaat yang disediakan dalam Bajet 2017:


* Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana

* Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin

* Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000

* Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar

* RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar

* RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)

* RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli

* RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil

* RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara

* RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000-RM50,000 seunit, dengan kerajaan biayai RM20,000

* RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40

* Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi bahan api, gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.

* BR1M - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1,200

* BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan kepada RM900

* BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450

* RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri

* Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000

* Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran

* Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan 1ebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus

* RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak

* Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium

* RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2

* RM450 juta untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017

* RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan

* RM20 juta bagi usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian peralatan untuk "non-profit charitable" hospital

* RM1.3 bilion untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga yang kompetitif

* Geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, memanfaatkan 12,000 pemandu teksi

* Menggalakkan B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu "ride sharing" seperti Uber

* Meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pada tahun hadapan

* RM1 bilion bagi meluaskan liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara sehingga 20 megabit sesaat

* RM570 juta bagi membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di Semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan IBS serta menaik taraf 1,800 makmal sains

* RM478 juta bagi menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk 8 buah sekolah baharu

* Diskaun 10 hingga 15 peratus bagi menggalakkan peminjam PTPTN buat bayaran balik bermula 22 Okt 2016 hingga Disember 2017

* RM55 bilion untuk pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line sepanjang 600 km menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur

* Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM15.1 bilion termasuk RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset-aset utama

* KDN diperuntukkan RM12.8 bilion termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM

* RM2 bilion untuk ehwal wanita dan mengarusperdanakan peranan mereka dalam pembangunan negara dengan program seperti I-KIT, I-KeuNita, program Women Career Comeback

* Pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu mulai tahun taksiran 2017 dan dituntut setiap dua tahun

* RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

* RM85 juta bagi program Permata termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia

* Akta Kebangkrapan 1967 akan dipinda bagi mereka yang diisytiharkan bangkrap terutama "penjamin sosial" seperti penjamin biasiswa

* Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan dilancarkan bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu

* Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan


Cara Mudah Hantar Kurier Dengan EasyParcel

by


Anda ada masalah penghantaran barang? Kos penghantaran yang mahal. Proses proses pengiriman yang cerewet. Membazirkan masa untuk beratur di Pejabat Pos. Panggilan untuk tempahan sentiasa diabaikan atau tidak menjawab. Masa yang dibazirkan untuk menulis Nota Penghantaran. Tidak dapat menjejak keadaan bungkusan secara automatik. Kini penghantaran lebih mudah dengan EasyParcel.

EASY PARCEL bekerjasama dengan banyak syarikat penghantaran kurier termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan Nationwide Express. Jadi, kita boleh pilih syarikat yang berbeza-beza mengikut lokasi dan bajet penghantaran kita.

Untuk tempoh promosi sekarang, Easy Parcel akan bagi kredit RM25.00 secara percuma apabila kita mendaftar sebagai ahli sekarang. Untuk menjadi ahli, tak perlu bayar apa-apa. Jadi, dengan nilai RM25.00 percuma ini kita boleh buat penghantaran pertama. Selepas itu untuk menggunakan khidmat Easy Parcel ini, kita perlu topup akaun kita. Kos penghantaran akan ditolak terus dari baki akaun kita.

Yang lebih menarik, orang kurier akan datang ke rumah atau pejabat kita untuk ambil barang yang kita nak hantar. Jadi, kita tak perlu susah-susah untuk pergi hantar barang ke pejabat kurier. Kita boleh jimatkan masa dan wang. Apa tunggu lagi? Daftar sekarang di EasyParcel : https://easyparcel.my/

Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk Pemilihan Pegawai Tadbir N41

by


Pada November 2016 akan diadakan Program Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk pemilihan Pegawai Tadbir Negeri N41 atau singkatannya PTN. Assessment untuk Pegawai Tadbir Negeri Terengganu ini akan diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu.

Terengganu Assessment Centre (TAC) adalah peringkat kedua pemilihan selepas peperiksaan khas Pegawai Tadbir. Selepas Assessment ini, temuduga pemilihan pula akan dijalankan untuk memilih senarai calon yang layak dilantik ke jawatan Pegawai Tadbir Negeri N41.

Selepas pendaftaran, peserta akan diberi nombor giliran. Tajuk untuk public speaking akan diberikan semasa pendaftaran bagi membolehkan calon membuat persediaan awal. Secara umumnya sesi Assessment ini melibatkan aktiviti untuk penilaian seperti berikut:

Aktiviti Perbincangan dan Tugasan
Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai sekitar 11 orang peserta. Setiap kumpulan dinilai oleh dua orang panel. Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk samaada kuiz, perbincangan ataupun tugasan individu.

Aktiviti Mesyuarat
Peserta juga akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Peserta akan diberi tugasan untuk menjalankan mesyuarat. Masing-masing diberi jawatan besar seperti Akauntan Negeri, Pegawai Daerah dan sebagainya. Mesyuarat adalah berkaitan dengan perbincangan mengenai perancangan dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di peringkat negeri.

Aktiviti Perbahasan
Peserta juga akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kali ini setiap kumpulan akan diberi satu tajuk untuk dibincangkan. Ada tiga panel yang akan menilai. Setiap peserta perlu memberi pandangan dan hujah masing-masing mengenai tajuk tersebut.

Aktiviti Sukan dan Riadah
Aktiviti ini melibatkan sukan dan riadah. Kesemua peserta mesti berlari dalam jarak sekitar 2.5 km dimana tempoh masa setiap peserta akan dicatat. Selepas itu akan diadakan aktiviti riadah seperti menari dan senaman berirama. Penglibatan dan kesungguhan peserta akan dinilai. Dapatkan catatan masa yang terbaik.

Aktiviti Perbincangan
Aktiviti ini dipecahkan kepada dua slot iaitu slot Bahasa Melayu dan juga slot Bahasa Inggeris. Peserta akan diberi kajian kes atau satu masalah untuk dibincangkan. Penglibatan dan percambahan idea setiap peserta akan dinilai.

Aktiviti Pengucapan Awam
Aktiviti ini adalah Pengucapan Awam (Public Speaking) yang juga dipecahkan kepada dua slot iaitu slot Bahasa Melayu dan juga slot Bahasa Inggeris. Peserta perlu berucap dan memberi pendapat berdasarkan setiap topik yang diberi.

Setiap aktiviti mungkin berbeza dari tahun sebelumnya namun secara umumnya, corak penilaian tidak berubah. Anda sebagai calon perlu bersedia untuk memberi pandangan dan ulasan dalam apa juga topik yang mungkin diutarakan. Untuk Pegawai Tadbir peringkat negeri, kebanyakan topik mungkin berkisar tentang isu dan keadaan semasa negeri. Anda perlu aktif, rajin memberi pandangan dan seorang petah bercakap.

Selamat berjaya :)

Kod Cawangan Public Bank

by

Sekadar perkongsian maklumat kod cawangan Public Bank Berhad. Kod cawangan ini biasanya boleh kita lihat di maklumat transaksi akaun bank.

Singkatan kod cawangan Public Bank adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur / Selangor

APG- Ampang
BBT- Bandar Bukit Tinggi, Klang
BMC- Bandar Mahkota Cheras, Cheras
BPI- Bandar Puteri, Puchong
BPJ- Bandar Puchong Jaya
BSP - Shah Alam
BSY- Bandar Sunway
BWK- Bintang Walk
DJA- Damansara Jaya
JKL- Jalan Klang Lama
JTH - Klang
JSB - Jalan Sg Besi, Kuala Lumpur
JHL - Jln Hang Lekiu (KL)
KAP- Kapar
KBG- Kampung Baru Subang, Shah Alam
KJG- Kajang
KSR- Kuala Selangor
LMW - Taman Melawati, KL
PIH- Pandan Indah, Cheras
PJA- PJ
PJO- PJ Old Town
RWG- Rawang
SS2- PJ SS2
SCA- Sg Chua, Kajang
SEA- Taman SEAPark
SJA- Subang Jaya
SGK- Seri Gombak, Kuala Lumpur
SKN- Seri Kembangan
SMY- Semenyih, Selangor
SPG- Sri Petaling
SPK- Klang
TCT- Taman Connaught , Cheras
TEE- Taman Equine
TIH - Taman Indah, Balakong
TMA- Cheras? Kuala Lumpur
TNM- Tiong Nam (Wisma Public Bank), Kuala Lumpur
TSM- Taman Sri Muda, Shah Alam
TTJ - Taman Taming Jaya, Balakong
USJ-USJ Subang

Perak

BCM - Bercham
BDR - Bidor
BSI - Bagan Serai
KPR - Kampar
GRT - Gunung Rapat
IGN - Ipoh Garden
IMO - Ipoh Main Office
JLP - Jelapang
JPP - Jln Pasir Puteh
JYK - Jalan Yang Kalsom, Ipoh
JSI - Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh
KKR - Kuala Kangsar
KMT - Kamunting
MLB - Menglembu
SLB - Silibin
SMG - Seri Manjung
SST - Sungai Siput
TAI - Taiping
TIN - Teluk Intan
TMM - Tanjong Malim

Melaka

AKH- Ayer Keroh
BBM- Batu Berendam
TKK- Jasin
TMJ- Taman Malim Jaya
TMR- Taman Melaka Raya

Negeri Sembilan

BHU- Bahau
RSH- Rasah
SRB- Seremban
PDN- Port Dickson
NLI- Nilai

Pahang

BCG- Cameron Highlands
BEN- Bentong
MTK- Mentakab
TML- Temerloh
TRI- Triang

Johor

MUA- Muar
SGM- Segamat
TDY- Taman Daya
TDC- Taman Desa Cemerlang
MSG- Mersing
MSI- Masai
TSA-Taman Sentosa
TPI- Tampoi Indah
TJJ- Taman Johor Jaya
TPG- Taman Perling

Kedah / Penang

SAT- Simpang Empat
SPI- Sg Petani
JSK- Penang
JDK - Jln Datuk Keramat
PLI - Pulau Langkawi


Kelantan

WSU - Wakaf Siku, Jln Sultan Yahya Petra, Kota Baru

Terengganu

KTU - Kuala Terengganu

Sabah

CPE- City Parade, Kota Kinabalu
JPI- Kota Kinabalu
KKU- Kota Kinabalu
INN-Inanam, Kota Kinabalu

Sarawak

JCL - Jalan Central, Sibu
JTZ - Jalan Tun Zaidi, Kuching
STG - Stutong

Jika ada tambahan, harap bagi maklumat di bahagian komen :)

Dekoder DVB-T2 Untuk Terima Siaran Percuma MYTV

by


Dekoder DVB-T2 ini boleh guna untuk terima siaran TV Digital Percuma MYTV. Siaran digital yang lebih jelas. Hanya sambung ke antenna UHF biasa indoor atau outdoor. Saluran MYTV setakat ini : TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, TVi dan Bernama tv. Akan datang selepas pelancaran rasmi, MYTV akan tambah sehingga 80 channel baru. Siaran adalah percuma tanpa sebarang bayaran bulanan. Info lanjut kawasan liputan : http://mytvbroadcasting.my/peta2.html

Harga RM120 sahaja (poslaju percuma). Komen atau whatsapp 0139790000 jika berminat.


Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

by


Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.

Tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat lantikan untuk kemasukan ke Pegawai Tadbir Diplomatik;

1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
2. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
3. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon mesti lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Untuk mereka yang mahu menjawat jawatan ini, perlu memohon dengan pihak SPA dan kemudian perlu hadir untuk jalani peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik.

Bermula tahun 2014, pihak SPA telah pun memperkenal sistem peperiksaan atas talian untuk calon-calon Pegawai Tadbir Diplomatik. Dengan pengenalan sistem peperiksaan atas talian ini, lebih ramai calon berpeluang menduduki peperiksaan untuk mengisi jawatan ini.

Pecahan seksyen soalan yang baru juga telah digubah seperti di bawah;

Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C: Ujian Psikometrik

Calon diperuntukkan masa tertentu untuk menjawab ke semua seksyen. Selang masa rehat antara setiap seksyen ialah selama 15 minit.


Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

by


Drama Patahnya Sebelah Sayap ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Drama terbitan Creative Skill Solution ini telah diarahkan oleh Ayie Mustafa. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Wawa Zainal, Syainie Shuhaimi, Normah Damanhuri, Zainab Othman dan Neera Azizi.

Drama ini mengisahkan tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar.

Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan.

Kerana komited dan fokus bila menjalankan kerja, Amzar berjaya memenangi kes pertama yang dibicarakan. Amzar meraikan kejayaannya itu bersama Alisha di sebuah kedai makan. Amzar juga tidak melepaskan peluang untuk melamar Alisha. Alisha yang masih teruja dengan kejayaan yang baru dikecapi Amzar terus menerima lamaran itu.

Dalam perjalanan pulang selepas meraikan kejayaan Amzar, mereka berdua bergurau senda dalam kereta Alisha yang kebetulan waktu itu dipandu oleh Amzar. Tiba-tiba ada sebuah kereta hampir melanggar mereka dari arah bertentangan. Amzar cuba mengelak tetapi dia pula yang terlanggar sesuatu. Kerana hujan yang sangat lebat ketika itu, Amzar dan Alisha tidak nampak apa yang dilanggar. Amzar akhirnya turun dari kereta untuk melihat apa yang telah dilanggarnya. Bila dia kembali semula ke dalam kereta, Amzar berdalih mengatakan dia terlanggar sebuah tong besar.

Satu hari ketika Alisha sedang membelek surat khabar, dia terbaca sebuah artikel tentang satu kes langgar lari. Kejadian itu berlaku pada waktu yang hampir sama ketika dia dan Amzar terlanggar sesuatu. Hati Alisha mula tidak sedap, dia yakin insiden itu ada kaitan dengan mereka.

Belum sempat dia berbuat apa-apa, datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah Alisha dan menahannya. Alisha dituduh sebagai suspek utama kes langgar lari tersebut. Mula-mula Amzar berjanji untuk membela Alisha tetapi bila kes mula dibicarakan di mahkamah Amzar tidak bersuara dan membiarkan Alisha bersendirian menjalani tempoh hukuman dua tahun yang dikenakan ke atasnya.

Selepas Alisha dibebaskan, dia bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi lakonan Aeril Zafrel. Sebenarnya Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari insiden dua tahun lepas. Namun hal itu langsung tidak diketahui Alisha. Kuzairi mula menyukai Alisha.

Ikuti konflik percintaan dan dendam dalam drama ini pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di Slot Samarinda TV3.

Poslaju Kuala Terengganu Yang Sesak Perlu Dipindahkan

by


Inilah punca kenapa perkhidmatan poslaju di Kuala Terengganu sangat lambat. Barang-barang dilambakkan di depan pejabat poslaju. Pelanggan terpaksa beratur sampai ke luar. 

Dahulu Poslaju Kuala Terengganu mula-mula dibuka di Jalan Sultan Sulaiman. Disebabkan jalan yang sempit, berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Sultan Omar namun masalah tetap tidak selesai. 

Sudah sampai masa pihak Poslaju berpindah sekali lagi ke ruang pejabat yang lebih selesa dengan kawasan parking yang lebih luas untuk pelanggan dan juga lori poslaju. 

Foto : Wan Muliani


Biodata Da'i Niezal Juara Pendakwah Nusantara 2016

by


Biodata Da'i Niezal Juara Pendakwah Nusantara 2016

 Nama : Mohd Sufwan Niezal bin Sabri
Asal : Terengganu
Umur : 19 tahun
Pendidikan : Diploma Dakwah dan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang.
Idola : Ustaz Amir Asyraf , Ustaz Azhar Lathif & Mufti Ismail Menk

Kena ludah hantu. Mitos atau penyakit kulit?

by


Pernah dengar "kena ludah hantu"?. Masa kecil dahulu, saya pernah kena ludah hantu iaitu selepas naik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Saya pun tak pasti kenapa orang Melayu kita memanggilnya dengan nama kena ludah hantu. Namun dari segi perubatan, ia adalah salah satu penyakit kulit yang dipanggil Urticaria.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil "urticaria". Urticaria adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit dan akan merebak kecuali bahagian kuku dan rambut sahaja. Kesan merah-merah ini akan kelihatan beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan. Bagi sesetengah orang, urticaria ini akan pulih dalam tempoh beberapa hari atau minggu.

Urticaria dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit. Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli iaitu histamine (a chemical - neuro-transmitter- that your body produces when you're having an allergic reaction) daripada sel mast yang terdapat di sepanjang salur darah pada kulit.

APAKAH FAKTOR BERLAKUNYA URTICARIA?

- alahan pada ubat-ubatan termasuklah antibiotik (penisilin, sulphunamide), ubat demam atau tahan sakit (paracetamol, aspirin).
- alahan kepada makanan (kacang, telur, kerang) atau gigitan serangga yang menghasilkan antibodi.
panas terik matahari
- kesejukkan melampau
peluh
- stress dan ketegangan
- demam yg disebabkan virus atau bakteria
namun dalam kebanyakkan kes, punca urticaria gagal dikenalpasti.

RAWATAN

Doktor biasanya akan memberikan pesakit dengan anti-hestamine untuk menangani masalah urticaria ini. Bagi pesakit urticaria kronik, mereka perlu mengambil anti-hestamine setiap malam untuk jangkamasa yang lama. Dalam kebanyakkan kes, uctacaria akan hilang sepenuhnya dalam masa rawatan 6 bulan. Krim atau losyen yang diberikan oleh doktor akan membantu mengurangkan rasa gatal dan ruam merah.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90