Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Benjolan di Leher Umar

Imej
Ujian kedua buat anakanda Umar. Hari ini berjumpa doktor pakar Jabatan Pembedahan Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Benjolan bujur (ditanda dengan bintang) di leher Umar kemungkinan ' Cyst '. Menunggu ujian Radiologi pada Mac 2016 dan temujanji IJN pada April 2016.  Walaupun tidak berbahaya namun pembedahan kecil akan dijalankan jika mendapat lampu hijau dari pihak IJN memandangkan Umar ada sejarah pembedahan jantung. Jadi, risiko ubat bius ke atas Umar akan diambilkira. Semoga tiada kesan serius kepada anakanda Umar, InsyaAllah.

Ulangtahun Muhammad Ayden Uwais

Imej
Muhammad Ayden Uwais dilahirkan pada jam 7.51 pagi, 16 Disember 2014 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kelahirannya mudah dan tidak banyak masalah, pukul 6.40 pagi bertolak dari rumah ke hospital. Jam 7.00 pagi sampai di hospital, jam 7.30 pagi ditolak ke Dewan Bersalin dan 7.51 pagi selamat lahir. Nama diberi sempena nama seorang pemuda yang disebut-sebut oleh Rasulullah SAW dan sangat terkenal dikalangan penghuni langit iaitu Uwais Al-Qarni. Uwais seorang yang ceria dan suka tersenyum kepada orang yang memandangnya. Semoga menjadi anak yang soleh dan teman suka duka abangnya Umar. Amin.  

Mistik Hentian Perasing di LPT 2

Imej
Siang tadi sempat singgah di Hentian Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman . Walaupun cuti sekolah, tidak ramai yang berhenti di hentian terbesar ini. Hanya satu kedai makan yang dibuka. Mungkin ramai yang terpengaruh dengan cerita2 mistik yang tersebar. Kompleks hentian terbesar di LPT ini cukup lengkap dengan kedai makan, surau, dewan serbaguna, tandas, taman permainan, pondok polis dan dataran deng an landskap menarik. Terletak di bawah Lembah Perasing, pengguna Lebuhraya Pantai Timur dari kedua-dua arah perlu masuk jauh ke dalam kira-kira 1 km. Sumber mengatakan yang Lembah Perasing adalah tapak perkuburan besar komunis sejak puluhan tahun dahulu. Banyak kenampakan entiti dilaporkan sekitar kawasan ini. Singgah dan rasai sendiri suasana dan keindahan hentian ini.

Ganjaran Kad Mesra Petronas

Imej
Bagus petugas kaunter stesen minyak Petronas di Genting Sempah. Beliau tawarkan saya untuk tukar mata ganjaran Kad Mesra Petronas dengan lampu suluh led. Kalau di tempat lain, mereka buat senyap saja. Saya lebih utamakan mengisi minyak Petronas kerana ia syarikat minyak tempatan dan minyaknya sudah berkualiti berbanding dahulu. Minyak pilihan lain adalah Caltex dan BHPetrol. Minyak RON 95 mereka bertaraf premium.  Saya kurang gemar mengisi minyak di Shell dan Petron walaupun minyak mereka berkualiti dan disukai ramai tetapi Shell ada isu dengan menyumbang dana kepada penindasan di Palestin sementara Petron syarikat induknya adalah syarikat arak terbesar di Filipina. Sekadar pandangan peribadi, namun terpulang kepada anda untuk setia kepada jenama minyak yang disukai. :)

Kak Yah Keropok Lekor Losong

Imej
Ada sesetengah orang kata Keropok Lekor Losong sudah kurang sedap. Bagi saya, keropok Losong ada identiti dan keistimewaan yang tersendiri. Tetap sedap seperti dahulu. Kalau anda datang ke Kuala Terengganu, saya cadangkan ke Keropok Lekor Kak Yah di Losong. Beliau dua pupu saya. Lokasi, kedai pertama sebelah kiri di Losong Haji Su kalau dari Pusat Bandar. Kak Yah ini sudah banyak kali masuk tv kerana boleh dikatakan beliau seorang usahawan wanita yang berjaya. Dari sebuah kedai kecil, beliau kini sudah berjaya memiliki sebuah kedai yang besar di samping membekalkan keropok ke seluruh Malaysia. Jika anda ke sini, anda boleh menikmati keropok di meja yang disediakan di samping memesan minuman kegemaran. Selamat Datang ke Terengganu. Syurga keropok lekor!

Lebuhraya Karak

Imej
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ( Lebuhraya Karak ) sejauh 60 km ini yang dibina merentasi pergunungan Banjaran Titiwangsa merupakan lebuhraya yang dibina menggunakan kepakaran kejuruteraan yang tinggi. Dibina pada 1974 dan siap pada 1979, merupakan jalan alternatif kepada Jalan Gombak - Bentong (Laluan Persekutuan FT68) atau terkenal dengan nama Jalan Lama Karak - Bentong yang sempit dan bengkang-bengkok. Dibina di celah lereng bukit dan gunung, laluan adakalanya curam dan jambatan yang tinggi terpaksa dibina bagi menghubungkan di antara lereng-lereng yang curam. Menggunakan kod E8 yang bermaksud ia sebahagian dari laluan Lebuhraya Pantai Timur. Walaupun ia dikategori sebagai Jalan Persekutuan dan sepatutnya percuma, tol terpaksa dikutip bagi menampung kos pembinaan dan penyelenggaraan yang tinggi. Lebuhraya ini mempunyai sebuah terowong sepanjang 900 m di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia. Terowong tersebut menandakan sempadan di anta

Biodata Dr Say Shazril Shaharuddin

Imej
Biodata Dr Say Shazril Shaharuddin Nama Penuh: Say Shazril Shaharuddin Gelaran: Dr Say Shazril Shaharuddin Umur: 27 Tahun Lokasi Pekerjaan: Hospital Serdang (Medical Ward 7B) Pekerjaan: - Doktor Medical Officer (MO) Fresh Graduates - Pengedar Herbalife - Jurulatih Kesihatan - Model Pengkhususan: Sakit Puan Status: Sudah Berkahwin Nama Isteri: Dr Azura Abas Tarikh Nikah: 30 Mac 2014 Nombor Telefon: 017-2225865 Instagram: https://instagram.com/say_shazril/ Facebook: https://www.facebook.com/say.shaharuddin/

17 November 2015 Keputusan UPSR 2015

Imej
Kepada ibu bapa yang anak yang telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 pada 8 hingga 10 September 2015 lalu, keputusan UPSR akan dikeluarkan pada 17 November 2015 (Selasa). Semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi 17 November 2015. Calon juga boleh menyemak keputusan UPSR 2015 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10.00 pagi, 17 November ini dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, pada 23 November 2015.

Lokasi penggambaran filem Polis Evo di Terengganu

Imej
Ramai yang mungkin ingin tahu lokasi sebenar penggambaran filem Polis Evo yang dibuat di Terengganu: 1. Lokasi Cikgu Adli dibunuh - lorong sebelah The Store di belakang Kampung Cina, Kuala Terengganu 2. Kampung Inspektor Sani - Perkampungan nelayan di Kg Mangkuk, Setiu. 3. Adegan Mayang di atas bot - jeti Pulau Duyong di tepi Jambatan Sultan Mahmud, Sungai Terengganu 4. Lokasi pangkalan pengedar dadah tepi sungai - sungai berhampiran Jeti Merang, Setiu 5. Lokasi kejar mengejar van - Jalan Tasik Kenyir ke Gua Musang (Lebuhraya Timur - Barat Fasa 2) 6. Adegan di pulau - sekitar Pantai Bukit Keluang, Besut dan Pulau Perhentian. 7. Kawasan Pantai - Sekitar Pantai Merang, Setiu Lokasi Penginapan Pelakon dan Krew : Agro Resort, Setiu. Bukan lokasi sebenar di Terengganu: 1. Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) - bukan lokasi IPK Terengganu yang sebenar 2. Hospital - bukan Hospital Kuala Terengganu yang sebenar

Ulangtahun Ke-2 Umar Pesakit Jantung TGA

Imej
Umar. 2 tahun. Waktu dilahirkan jam 4.42 petang 6 November 2013, seluruh badannya biru (gelap). Dia agak lambat menangis. Dikejarkan ke Unit ICU Pediatrik tanpa diletakkan di atas badan ibunya. Ibunya tak sempat pun melihat wajah Umar. Baru saya tahu itu prosedur apabila bayi disyaki ada masalah. Berbeza dengan adiknya Uwais yang diletakkan di atas badan ibu sejurus selepas lahir. Selepas itu bap a boleh azan bayi. Ketika troli katil ditolak ke wad, bayi diletak di celah kaki ibu. Itu tanda bayi itu sihat. Saya hanya boleh azan Umar tiga jam kemudian selepas dia dibersihkan, disambung dengan oksigen dan pelbagai wayar di seluruh badan dan diletakkan di dalam bekas khas. Selepas dua doktor pakar Hospital Kuala Terengganu memeriksa Umar, mereka cuba menghubungi HUSM Kubang Kerian namun mereka menolak dengan alasan doktor pakar sedang bercuti. Mujurlah pihak Institut Jantung Negara (IJN) memberi lampu hijau untu k menerima Umar. Hospital Kuala Terengganu tiada kemudahan untuk pe

Muara Sungai Terengganu

Imej
Pemandangan dari atas muara Sungai Terengganu. Muara Selatan (kiri) sebelah Pusat Bandar Kuala Terengganu dan Muara Utara (kanan) sebelah Seberang Takir adalah kawasan baru yang ditambak dan akan dibina Jambatan Kedua (Drawbridge). Mungkin mengambil masa untuk siap (saya jangka 5-10 tahun untuk siap sepenuhnya) kawasan ini akan dikenali sebagai Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Foto oleh Impact Media Lab Kredit untuk Saudara Fuardo Ariff

Mood Republik Terengganu 2015 penuh sesak

Imej
Pada 30 Oktober 2015, saya ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Penangan Festival Pakaian dan Fesyen No. 1 di Malaysia, Mood Republik memang cukup hebat. Lebih 150,000 orang telah mengunjungi festival tahunan terbesar nombor 1 di Malaysia itu. Temasya yang dianjurkan selama dua hari pada 30 dan 31 Oktober 2015 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam menampilkan lebih 100 jenama dalam talian popular di Malaysia. Di antara jenama tersebut adalah Aidijuma, Radiusite, Cala Qisya, Sugarscarf, Jubahsouq, Zawara, Dreemika, Blossom Box Store, Minaz, Rina Salleh Clothing, Imaan Boutique, Liyana Jasmay, LeunieyNatasha dan Allya Mysara. Mood Republik banyak membantu usahawan menjalankan jualan dan mempromosikan produk mereka dengan menyediakan platform untuk mendapatkan sasaran pengunjung melebihi 80,000 orang dalam satu hari.  Ia diasaskan dua rakan niaga yang juga sahabat karib Kimi Iskandar Ismail dan Yusri Ismail.  Siri jelajah Mood Republik Tour

29 Oktober - Hari Ayahanda Mohd Zain pergi menemui Pencipta

Imej
29 Oktober 2015 genap tujuh tahun arwah ayahanda kembali ke rahmatullah. Beliau dilahirkan pada tahun 1924 di Lorong Haji Jamil, Kuala Terengganu (dekat Kampung Cina). Mula bertugas di Penjara Terengganu (tapak hentian bas MBKT sekarang) sebelum bertukar ke Penjara Kelantan sehingga pencen. Banyak pengalaman semasa zaman penjajahan British dan Jepun. Selepas pencen pada 1981, kami sekeluarga pulang ke Terengganu dan menetap di Gong Badak. Seorang bapa yang penyayang dan jarang marah anak-anaknya. Walaupun tidak sempat melihat Umar dan Uwais, doa sentiasa mengiringi buat ayahanda di sana dari anak cucumu. Amin.

Jawatan Kosong di MBKT

Imej
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atau MBKT sedang membuka iklan pengambilan bagi jawatan kosong terbaru di pihak berkuasa tempatan tersebut. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara kawasan sekitar daerah Kuala Terengganu. Di antara jawatan kosong terkini yang dibuka ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, Penolong Jurutera JA29, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29, Penolong Pegawai Penilaian W27, Penolong Akauntan W27, Penolong Pegawai Tadbir N27, Penolong Pegawai Undang-Undang L29, Pembantu Kesihatan Awam U17, Pembantu Kemahiran H17, Pembantu Tadbir Kewangan W17, Penghantar Notis N11 dan Pembantu Operasi N11. Jika saudara saudari berminat untuk memohon jawatan di MBKT, bolehlah membuat permohonan secara online di e-Recruitment MBKT : http://btm.mbkt.gov.my/kerjaya/ . Syaratnya, pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 November 2015. Untuk sebarang pertanyaan mengena

Rumusan Pembentangan Bajet 2016

Imej
Intipati Pembentangan Bajet 2016 Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama. Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps. Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020. RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara. Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah. Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan. Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP. Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah. Bantuan Persekolahan RM

Allah Peliharakanlah Terengganu

Imej
Ini adalah pemandangan dari udara tulisan ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU yang terletak di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Gambar ini ada disiarkan di dalam filem Polis Evo . Tapi, untuk pengetahuan anda, papan tulisan bercahaya ini adalah sebelum 2015. Pada tahun 2015, papan tulisan ini telah ditukar kepada jenis LED yang berwarna-warni.

Semakan Keputusan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2016

Imej
Bagi guru-guru yang telah mengemukakan permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi Januari 2016, semakan keputusan dijangka pada minggu pertama. Tarikh jangkaan adalah pada 2 November 2015. Semakan keputusan penempatan sekolah bagi pertukaran guru yang telah lulus adalah dijangka pada minggu kedua iaitu 12 November 2015. Semakan keputusan dan penempatan boleh di buat menerusi sistem pertukaran guru secara online bermula tarikh yang dinyatakan di : https://epgo.moe.gov.my Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan ke Pejabat Pendidikan Daerah yang dipohon.

Pulau Warisan, Kuala Terengganu

Imej
Gambar di atas adalah pemandangan sekitar Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada waktu malam. Pulau Warisan adalah pulau kecil buatan manusia yang terletak bersebelahan dengan Kampung Cina (Chinatown). Pada waktu malam, pokok lampu seperti di iCity akan bercahaya berwarna warni. Satu fenomena menarik untuk anda bergambar bersama keluarga.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Imej
CONTOH SOALAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN 1. Sila perkenalkan diri anda. 2. Apa bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu? 3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan? 4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan? 5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan? 6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia? 7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu. 8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu. 9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital. 10. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini. 11. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain? 12. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui? 13. Apakah strategi anda untuk memp

BSN dengan logo baru

Imej
Saya suka logo korporat BSN yang baru. BSN mahu berubah dari persepsi bank 'budak sekolah' dan bank luar bandar kepada bank komersil yang menawarkan produk simpanan dan pinjaman yang menarik. Saya lihat BSN ada kelebihan dengan kad debit yang ada touch n go dan jaringan mesin ATM di serata tempat strategik.

Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Imej
Peperiksaan Online Penolong Akauntan Gred W27 akan diadakan pada 21 Oktober 2015 (Rabu). Calon boleh membuat semakan  di sini . Calon yang akan dipilih untuk menjawat jawatan Penolong Akauntan perlu melalui beberapa fasa pemilihan iaitu Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27 dan seterusnya Temuduga Penolong Akauntan W27. Hanya calon yang lulus peperiksaan Penolong Akauntan sahaja layak dipanggil untuk menduduki sesi temuduga. PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN Pakej Panduan ini merangkumi sukatan peperiksaan, nota ringkas dan contoh soalan dan pelbagai tips rahsia! Peperiksaan Penolong Akauntan mengandungi tiga seksyen utama iaitu Seksyen A (Pengetahun Am), Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) dan Ujian Psikometrik. Untuk mendapatkan pakej ini, anda boleh terus klik di sini .

Warkah Buat Pesakit Jantung Uwais

Imej
Saya ingin berkongsi satu warkah dari seorang bapa kepada anaknya yang menghadapi masalah jantung. Nasib Muhammad Uwais Bin Sayuti sama dengan anakanda sulung saya, Muhammad Ahsan Umar yang pernah menghidap masalah salur injap jantung terbalik semasa dilahirkan dulu. Nama Uwais pula kebetulan sama dengan nama anak kedua saya, Muhammad Ayden Uwais. Sama-sama kita ikuti coretan saudara Sayuti Wan Chik; Warkah Abi buat Muhammad Uwais Assalamualaikum Muhammad Uwais, Tika Abi menulis ni, tiada apa lagi dalam fikiran Abi selain hanya Uwais yang sangat Abi, Ummi, Along Iman dan Angah Furqan rindu, kasih & sayang sepenuh hati. Uwais, Nama ini Abi pilih tatkala Abi hadir ke kuliah Ustaz Shamsuri sekitar April 2015 yang lalu. Abi sangat teruja dengan kisah hebat insan bernama Uwais al Qorni dimana kisahnya yang masyhur tentang kehebatannya yang disebut dan dipesan oleh Rasulullah kepada para sahabat supaya mencari pemuda bernama Uwais al Qorni dan meminta supaya mendoakan mer

Kunci Kejayaan

Imej
Kenali diri sendiri Diri anda amat berharga dari segala-galanya. Hargai anda sebagai seorang insan yang tidak hanya berpandukan kepada kebijaksanaan anda, pencapaian akademik ataupun dari segi keupayaan kerja anda.  Jadilah diri anda sendiri. Hargailah pendapat anda sendiri sebagaimana anda menghargai pendapat orang lain. Belajarlah mengawal tindakbalas dengan membayangkan kesan tindakan anda. Apa yang anda rasa dari kesan tindakan anda? Bertindakbalaslah demi memenuhi kepuasan anda. Bina lakaran kerja diri, catatkan matlamat serta keutamaan peribadi dan bacalah berulangkali. Jangan kecewa sekiranya apa yang dirancangkan tidak menjadi. Tumpukan kepada kejayaan anda. Ingatlah sedikit kejayaan akan cepat dibina setara dengan sedikit kegagalan. Berilah masa serta peluang kepada diri anda untuk berubah. Maafkanlah diri anda dari kesalahan yang telah dilakukan. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan diri. Capailah matlamat mengikut keupayaan diri tanpa mengambil kira kemampuan

Coach Bahar Scammer? Penjelasan dari beliau

Imej
Minggu ini di laman sosial Facebook kecoh tentang isu seorang trainer dan coach bisnes yang dikatakan menipu atau dalam istilah bisnes internet dipanggil " scammer ". Hari ini individu yang dimaksudkan telah membuat penjelasan. Bagi saya, saya tidak memihak kepada mana-mana pihak. Kita ikuti penjelasan Coach Bahar atau nama penuhnya Baharuddin Mohamed. Sumber   Assalammualaikum buat semua sahabat. . Sejak seminggu yang lalu saya difitnah, dimalukan, dicaci, dihina tanpa pembelaan di media social FB. Sejak itu menyebabkan hidup saya sekeluarga tertekan, murung dan kecewa. Disaat kami sekeluarga ditimpa kedukaan dan penghinaan ini, Allah sahaja tempat kami mengadu nasib. Saya menutup sementara FB saya bukan sebab saya membenarkan perkara ini benar. Saya memerlukan masa memujuk hati saya.  . 1. Perlaburan  . Saya mengaku saya ada mengambil perlaburan. Saya mengambil pelaburan dari bank dan orang perseorangan. Saya percaya ramai orang bisnes juga mengambil p